fbpx

Kak Long│5 Permainan Komputer Sebelum Wujudnya Internet

1. Minesweeper

Cuma kena klik kotak untuk mendedahkan nombor, dan perhatikan turutan nombor 1, 2, 3 yang patut di klik. Silap klik, tertekan bom – GAME OVER!

2. Solitaire / Freecell

Kegemaran Kak Long ni, sebab masa kat pejabat pun sempat lagi main permainan ni seround dua masa makan tengah hari (dan masa boss cuti!) Tapi jangan ikut perangai Kak Long ni. Dulu-dulu memang nakal sikit. Permainan ni cuma perlukan korang susun daun terup sampai habis.
Bila dah menang dan nampak animasi kad lompat-lompat tu, dia punya seronok tak boleh bayangkan lah!

3. Space Cadet

Permainan pinball klasik yang memang boleh kasi leka. Ada dua saja butang yang Kak Long selalu guna untuk pukul bola dan butang satu lagi untuk menghalang bola dari terjatuh ke dalam lubang.

Permainan ni paling best kalau pasang bunyi kuat-kuat. Semangat main pun jadi lain macam!

4. Bounce Blitz Out

Kena tembak dan susun bola ikut warna yang sama untuk meledakkan bola. Bola akan semakin menurun kalau tak diledakkan mengikut masa yang ditetapkan, dan jika ia menyentuh “lantai” game, maka GAME OVER!

Teringat masa tu terjerit-jerit kalau nampak bola dah menurun ke bawah dan jeritan tu makin nyaring bila bola mencecah “Lantai!”

5. Zuma

Ini lah permainan yang paling Kak Long ingat sekali. Katak kat tengah-tengah tu akan memuntahkan bola dan anda harus cari bola sama warna untuk mengelakkan susunan bola makin panjang dan menuju ke lubang penamat. Rasanya ini la permainan yang paling lama sekali Kak Long main dalam sejarah!

Rasa dah tua sangat pula bila Kak Long tulis pasal semua permainan komputer ni.  Walaupun tak ada internet masa tu, seronok juga ada permainan yang boleh main tanpa perlu fikir pasal data atau nak pautkan dengan mana-mana media sosial macam sekarang.

Baiklah kita jumpa lagi di minggu hadapan dengan topik yang lain. Siapa yang kaki gamer tu jaga lah kesihatan ya. Jangan lupa pergi ke tandas bila sampai waktunya, dan jangan lupa makan minum dan tidur untuk rehat secukupnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.