Kak Long│5 Juadah Wajib Ada Di Bazaar Ramadhan

1. Kuih Tepung Pelita / Kuih Sampan

Kak Long punya favorite ni, kuih tradisi yang terdiri daripada lapisan hijau dan putih, dan disediakan dalam bekas daun pisang. Kuih tepung pelita atau kuih sampan paling sedap kalau lapisan putih tu rasanya lemak masin sikit, seperti Tepung Pelita Paya Jaras yang sangat terkenal dan orang ramai kena beratur panjang kalau nak beli.

2. Murtabak

Tak kira lah murtabak ayam, murtabak daging atau murtabak kambing, juadah ni paling banyak didapati di bazaar Ramadhan. Setakat ni, Kak Long tak jumpa  lagi murtabak yang paling sedap sebab semua murtabak yang Kak Long beli di mana-mana bazaar Ramadhan memang sedap. Hehe!

3. Ayam Percik

Juadah wajib dibeli jugak tiap kali Kak Long ke bazaar Ramadhan, selalunya ayam tu dikepit menggunakan buluh, dilumur dengan ramuan khas dan dibakar, dan dimakan bersama dengan kuah kacang macam makan sate. Dia punya sedap, kalau beli satu je mungkin tak cukup!

4. Popia Basah

Baru-baru ni Kak Long terjumpa popia basah sotong yang sedap tapi harap bersabar lah ya sebab kena beratur panjang. Lokasinya di Bazaar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail dengan harga RM5 satu set. (Dalam set tu ada 5 ketul popia). Tapi jangan semua pakat-pakat serbu tau nanti Kak Long takda popia pulak nak makan.

5. Putu Piring/ Bambu

Rasanya setakat ni Kak Long jumpa menu ni time berkunjung ke Bazaar Ramadhan je, ke ada dijual kat tempat dan waktu yang lain? Apa-apa pun memang seronok tengok cara penjual memasak putu piring/ putu bambu ni. Unik sangat!

Dah tentu ada yang balik  kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga kan? Apa kata anda layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga  RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan di mana anda juga boleh membuat pendaftaran serta merta secara atas talian, jadi bila balik kampung tu rasa lapang fikiran sebab anda tahu anda dan keluarga dilindungi sepenuhnya sewaktu perjalanan.

Selamat menjalani ibadah puasa dan jumpa lagi di minggu depan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.