fbpx

Kak Long│5 Buffet Buka Puasa 2022 ala Selera Kampung Sekitar Kuala Lumpur

1. Traders Hotel

Diinspirasikan dari sentuhan Bonda, Traders Hotel Kuala Lumpur mengetengahkan masakan tradisi kegemaran ramai dari 1 April to 1 Mei 2022 melalui buffet Sajian Bonda. Antara kulinari tradisional yang ditawarkan adalah stesen Ikan Bakar, Kari Laksa Udang Galah, Kambing Bakar, Ayam Golek, Ketam Goreng Bercili, Sup Tulang Merah Muar, Asam Pedas Ekor, Burung Puyuh Goreng Kunyit dan banyak lagi.

Buffet Sajian Bonda berharga RM128 nett dewasa / RM64 nett kanak-kanak pada hari biasa (Ahad hingga Khamis), dan RM 148 nett per dewasa / RM 74 nett kanak-kanak pada hujung minggu (Jumaat & Sabtu). Terdapat juga promosi Early Bird untuk tempahan yang dibuat sebelum 31 Mac 2022.

Untuk tempahan, hubungi Traders Hotel di +6011 7039 3409 atau e-mel fbreservations.thkl@tradershotels.com.

2. Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Diketuai oleh Chef Ismadin Mohd Isa, Pavillion Hotel menawarkan buffet makan malam bertemakan Muhibbah dari 6.30 sehingga 10 malam. Terletak di tengah-tengah KL, tetamu boleh menikmati pelbagai aksi hidup dan stesen ukuran dari beberapa negeri di Malaysia. Buffet bermula dari 7 April sehingga 1 Mei 2022 dengan harga RM188 nett dewasa dan RM94 nett kanak-kanak atau warga emas.

Hidangan yang pasti menjadi tumpuan termasuk Ayam Panggang Madu Berbijan Kedah, Daging Rendang Tok dari Perak, Gulai Ikan Tongkol dari Kelantan, Kari Kambing Mangga Muda dari Perlis, Kari Kepala Ikan dari Pulau Pinang, Gulai Udang Harimau Batang Keladi dari Melaka, Ikan Patin Masak Tempoyak dari Pahang dan banyak lagi. Tahun ini, dewan Courtyard juga membawa  bermacam-macam sambal tradisi yang menyelerakan seperti Sambal Tempoyak Daun Kesom, Sambal Ikan Bilis Tumbuk Cili Padi dan sebagainya.

Untuk tempahan, hubungi The Courtyard di +603 2117 2821, WhatsApp +6017 206 8805 atau e-mel thecourtyard-pavilionhotel@banyantree.com

3. Four Seasons Kuala Lumpur

Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob bergabung dengan Chef Eksekutif Junious Dickerson untuk makan malam yang sangat hebat Ramadan ini. Mereka membawakan banyak hidangan tradisional yang sangat menyelerakan dari setiap negeri seperti Soup Kali Umbu (sup gear box), Nasi Kebuli Kambing (kambing bakar berempah dengan nasi pilaf kismis), Telur Pindang Pelangi (telur padi dimasak mengikut resam negeri Johor), Puding Diraja (pemanis mulut tradisi dari Pahang), Nasi Ulam (hidangan nasi dengan 12 jenis variasi rempah), dan Salad Makanan Laut Umai-Umai (makanan tradisi dari Sarawak).

Kalau anda bertuah, mungkin anda dapat melihat chef-chef beraksi bersama-sama Chef Selebriti Dato’ Fazley menyiapkan hidangan anda sewaktu berbuka puasa.

Sajian Tradisi Kita bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022 dari harga bermula RM198 dewasa/ RM99 kanak-kanak bergantung kepada slot masa makan-malam yang dipilih. Untuk tempahan, hubungi mereka melalui Chat App Aplikasi Four Season.

4. Restoran Rebung Chef Ismail

Salah satu tempat kegemaran Kak Long sebab suasana restoran yang tenang dan Chef nya yang mesra dan ramah melayan setiap pelanggan! Nikmati Buffet Ramadan 2022 mereka dengan hidangan tradisi khas seperti 𝗗𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗟𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗖𝗶𝗹𝗶𝗮𝗽𝗶, 𝗧𝗲𝗹𝘂𝗿 𝗜𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗟𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗖𝗶𝗹𝗶𝗮𝗽𝗶, 𝗣𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝘆𝗮𝗸, 𝗦𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻, 𝗡𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗯𝘂, 𝗣𝗮𝗿𝗶 𝗔𝘀𝘀𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗱𝗮𝘀 dan lebih 70 hidangan lain yang boleh dipilih dari 10 gerai yang disediakan khas untuk menepati citarasa anda.

Harganya amat berpatutan bermula dari RM88 dewasa dan RM58 kanak-kanak dan buffet ini akan ditawarkan bermula dari 3 April sehingga 1 Mei 2022, 6 sehingga 10 malam.

Untuk tempahan hubungi Restoran Rebung di 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟑𝟓𝟑𝟓 atau 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟐𝟓𝟐𝟓.

5. Checkers Café Dorsett Kuala Lumpur

Nikmati hidangan masakan kampung asli kegemaran ramai seperti Umai Obor-obor dari Sarawak, Ikan Asam Pedas dari Melaka, Masak Lemak Siput Sedut bersama Belimbing Buluh dari Negeri Sembilan, Daging Gulai Kawah dari Kedah dan banyak lagi

Harga bermula dari RM108 nett dewasa (Warga Emas RM88 nett) dan RM78 kanak-kanak.

Untuk tempahan boleh hubungi mereka melalui Whatsapp di 0126743509 atau 0126280551.

Dan mungkin ada juga yang bercadang nak buka puasa di kampung kan, jadi jangan lupa untuk melindungi diri anda dan yang tersayang sewaktu perjalanan dengan pelan perlindungan diri dari EZTakaful yang menawarkan perlindungan yang tinggi dengan harga yang sangat mampu milik. Layari www.EZTakaful.com.my dan mohon dalam talian je, senang kan?

Jumpa lagi di minggu hadapan dan kepada semua umat Islam di Malaysia, kami mengucapkan Selamat Berpuasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.