fbpx

Kak Long│5 Azam Tahun Baru Yang Paling Popular

1. Diet

Percaya atau tidak, azam ini sentiasa menaiki carta pertama azam baru setiap tahun, dan tiada bezanya tahun 2022 bila ramai yang “komplen” mereka telah naik badan gara-gara “terkurung lama” di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan, ye lah bila dah duduk rumah saja, tak lain tak bukan masak dan makan saja lah jawabnya kan?

Kak Long cuma ada satu soalan, bagi yang berazam untuk kurus tahun lepas, dah tertunai ke? Hehe. Kalau belum, takpe, tahun ni anda boleh cuba lagi!

2. Menamatkan Zaman Bujang / Mencari Pasangan

Aku nak raya berdua tahun ni!” “Aku taknak sambut birthday sorang-sorang tahun ni!” antara keluhan-keluhan yang agak lucu kedengaran di telinga Kak Long saban tahun.

Bagi yang mempunyai pasangan, ada yang tak sabar melangkah ke fasa seterusnya untuk mendirikan rumahtangga. Tambahan pula bila PKP dilaksanakan, banyak majlis terpaksa ditunda atau dibatalkan, jadi tahun ini harapan untuk mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan adalah sangat cerah.

Bagi yang telah lama bersendirian, sudah tentu memasang azam untuk mencari pasangan. Kak Long doakan, sama ada yang mahu mendirikan rumahtangga atau mahu mencari pasangan, semoga perancangan anda berjalan lancar hendaknya.

3. Mencari Kerja / Karier Baru

Mungkin dulu, ramai yang berazam untuk mencari kerja baru demi mengejar pendapatan yang lebih tinggi. Tetapi tahun ni, mengikut statistik, ramai yang mencari bidang baru contohnya berniaga sendiri kerana terbukti ramai usahawan-usahawan baru terutamanya secara atas talian menjana pendapatan yang sangat memberangsangkan sewaktu PKP dilaksanakan, ini kerana ramai mengalami potongan gaji atau diberhentikan disebabkan oleh situasi ekonomik yang terjejas akibat pandemik.

4. Membeli Rumah

Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi jika anda sudah mempunyai kerjaya yang stabil atau anda sudah/akan berkeluarga. Ini juga antara azam atau resolusi yang dari dahulu sudah ditanamkan dalam hati ramai orang dewasa di negara kita.

Jangan ingat membeli rumah hanya untuk mereka yang mempunyai banyak duit saja. Semakin lama anda tunggu, semakin naik harga rumah setiap tahun. Apa kata anda realisasikan impian itu pada tahun 2022 ini.

5. Membuat Simpanan

Tiap tahun pun Kak Long terjebak dengan azam ini, dengan memasang niat menyimpan sekian-sekian jumlah wang setiap bulan. Ada harinya memang “terbabas” juga, jadi Kak Long mulakan dengan target yang kecil dan tidak memberi beban kepada tanggungan kewangan Kak Long tiap bulan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?

Berapa pun jumlahnya, jangan rasa putus asa asalkan anda sudah bermula dengan sedikit simpanan. Walau sikit, percayalah anda akan terkejut bila lihat hasilnya di hujung tahun nanti. Tapi jangan pula simpanan tu sentiasa bocor tiap bulan! Secara idealnya simpanan adalah 10% daripada gaji/ pendapatan anda.

Harapnya tahun 2022 ini azam anda semua akan tertunai. Tapi jangan lupa pula memasang azam untuk melindungi diri dan tersayang dari sebarang kemungkin yang tak diduga! Di EZTakaful anda boleh mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang menawarkan jumlah perlindungan yang tinggi dengan harga yang amat berpatutan. Mudah saja, hanya dengan 1 klik dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan, hanya di www.eztakaful.com.my !

Kita jumpa lagi minggu hadapan! Jaga diri ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.