fbpx

Kak Long│5 Aktiviti Best Sekitar Kundasang, Sabah

1. Melawat Desa Dairy Farm

Dinobatkan sebagai New Zealand Malaysia kerana cuacanya yang sejuk dan pemandangan ladang lembu yang luas berlatarbelakangkan gunung, Desa Cattle Dairy Farm ini merupakan tempat wajib apabila berkunjung ke Kundasang.

Tiket masuk Cuma RM5 seorang dan perlu dibeli secara atas talian, sungguh mudah! Antara aktiviti yang boleh anda buat

  1. Mengambil gambar berlatarbelakangkan lembu-lembu dan gunung Kinabalu, tak perlu jurufoto yang pro sebab tempat ni sangat cantik, di mana sudut anda ambil gambar, hasilnya sentiasa mantap bak kata orang sekarang!
  2. Memberi makan (rumput atau susu) pada anak lembu dan kambing, budak-budak paling suka aktiviti ni.
  3. Boleh melihat bangsal pemprosesan/ pemerahan susu lembu
  4. Melihat pemprosesan dan pembungkusan susu
  5. Membeli susu atau yoghurt segar dan murah

2. Spa Ikan Sungai Moroli Tagal Luanti

Terletak kira-kira 30 kilometer dari Pekan Kundasang, ia beroperasi pada setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Yuran masuk sekitar RM5 termasuk dengan pakej rendam kaki selama 30 minit bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Pakej yang lebih menarik adalah Pakej Mandi Bersama Ikan pada harga RM10. Caj untuk baja ikan pula adalah RM2 untuk 1 pek. Konsep penggunaan ikan terapi ini adalah ia akan memakan sel kulit mati anda sekaligus menjadikan tubuh anda lebih bersih, halus dan juga dipercayai dapat untuk mengubati penyakit tertentu.

Jujur cakap ikan di sini bukan kecil-kecil ya tapi besar sungguh Kak Long terasa macam kena terkam dengan piranha! Jinak juga dan boleh belai-belai.

3. Poring Hot Spring

Terletak 35 kilometer dari Luanti, Poring Hot Spring sangat terkenal dengan keunikan kolam air panas semulajadi. Kandungan galian sulfur yang ada padanya memberikan kesan kesegaran badan terhadap pengunjung.

Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, bayaran Cuma RM3 untuk dewasa dan RM1 bagi mereka yang dibawah 18 tahun. Bagi pelancong luar pula, RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk bawah 18 tahun.

Antara tarikan Poring Hot Spring yang lain adalah seperti:

  • Kolam luncur dan kolam batu
  • Bilik mandi tertutup
  • Taman Rama-Rama
  • Gua Kelawar
  • Air Terjun Kungit dan Langanan
  • Taman Tropika
  • Pusat Pemuliharaan Orkid
  • Poring Canopy Walk

4. Polumpung Melangkap Camp Site

Tak tahu kenapa tapi Kak Long paling suka tengok sungai di Sabah, dan antaranya adalah di Polumpung Melangkap Camp Site Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini, antaranya ialah berkhemah, berbeku, bermandi-manda di sungai dan sebagainya. Kadar yuran tidaklah begitu mahal
Dewasa (Usia 13 tahun ke atas)
Warganegara Malaysia: RM3
Bukan Warganegara Malaysia: RM6

Kanak-Kanak (7-12 tahun)
Warganegara Malaysia: RM2
Bukan Warganegara Malaysia: RM4
Kanak-kanak bawah umur 6 tahun, OKU dan warga emas berusia 60 tahun adalah percuma

Kalau bermalam pula

Kanak-Kanak (7-12 tahun)
Warganegara Malaysia: RM4
Bukan Warganegara Malaysia: RM8
Kanak-kanak bawah umur 6 tahun, OKU dan warga emas berusia 60 tahun adalah percuma

Paling menakjubkan anda dapat melihat keindahan Gunung Kinabalu yang sangat indah. Panorama luar biasa ini seperti anda berada di luar negara. Bagi kaki bergambar sangat sesuai datang disini. Anda juga boleh mandi manda di sungai kerana air sangat jernih dan cetek.

4. Sosodikan Hill

Sosodikon Hill atau Bukit Sosodikon adalah salah satu tempat hiking di Kundasang yang boleh anda kunjungi.

Sosodikon dalam bahasa Dusun bermaksud tempat meletakkan perangkap binatang (sodik). Anda boleh datang bersama-sama keluarga dan anak kecil. Hiking santai sambil menikmati permandangan alam untuk menambah variasai kepada plan percutian anda di Kundasang, Ranau.

Waktu operasi: 6:00AM – 6:00PM (setiap hari).

Bayaran Masuk / Entrance Fee: RM3 Dewasa, RM1 Bawah 12 tahun, Percuma bawah 6 tahun.

Tahap Kesukaran: Beginner / Mudah / Santai.

Panjang laluan: 600 Meter (15 – 30 minit dengan santai).

Macamana? Menarik tak? Rasanya cuti sekolah dah dekat ni, mungkin ini masanya anda bawa keluarga anda sambil bersantai menenangkan fikiran jauh dari kesibukan kota KL.

Dan nak tau apa lagi yang boleh memberi ketenangan fikiran? Apabila anda mempunyai perlindungan yang cukup untuk diri dan yang tersayang sewaktu menikmati percutian yang amat ditunggu-tunggu itu. Di EZTakaful, kami mempunyai pelbagai pelan komprehensif dengan harga yang amat berpatutan untuk anda pilih bersesuaian dengan keperluan dan bajet. Hanya dengan 1 klik, pelan yang dipilih akan menjadi milik anda, mudah bukan? Layari www.eztakaful.com.my sekarang juga!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.