fbpx

Kak Long│4 Perkara Paling “Horror” di Hari Raya

1. Baju Boria

Kita punyalah belek majalah fesyen sampai berminggu-minggu sebab nak tahu fesyen terkini baju raya, tak cukup dengan itu, semua Instagram online seller kita follow dan tanya sebab nak tengok baju mana yang berkenan di hati, tanya seller sampai beratus kali sampai seller naik meluat nak layan WhatsApp dan DM kita yang tak nampak-nampak tanda nak confirm beli. Tak cukup dengan itu, setiap inci Jalan TAR kita ukur setiap malam bersesak-sesak di antara lautan manusia, tu belum kira berapa banyak kali belek website Zalora sebab kawan kata baju designer semua lawa-lawa kat sana dan siap ada diskaun sampai 60%!

Bayangkan usaha yang kita perah cuma untuk mendapatkan sepasang baju Raya RTW (Ready To Wear)! Dan bila dah dapat tu, kita rasa kita lah yang paling cantik dan akan paling bergaya di pagi Raya nanti kalah ratu dunia!

Tup-tup, bila pergi beraya ke rumah kawan atau sedara, dari jauh kita Nampak tetamu lain yang pakai baju yang sebijik sama dengan kita – corak, warna, saiz, ropol-ropol, semua sama! Dan tetamu lain mula bagi pandangan yang sinis dan nak tergelak pun ada, jadi sebab kita nak cover line malu punya pasal, kita ajak orang tu selfie dan tag “Kami Boria!” di Facebook dan Instagram untuk tunjukkan betapa sportingnya anda walaupun hakikatnya anda rasa nak carik-carik je baju orang yang pakai sama fesyen dengan anda.

2. Corak Baju Ala Kain Langsir atau Sarung Kusyen

Tahun ni banyak Kak Long belajar pasal jenis kain masa berjalan-jalan shopping di Bangi Sentral yang terkenal sebagai hub shopping baru selain Jalan TAR. Kain kapas je dah naik gila Kak Long menghafalnya . Japanese Cotton, Cotton Silk, Paris Cotton, Cotton Minyak. Belum lagi kain Chiffon – Chiffon Sutera, Chiffon Goldline, Chiffon Georgette. Amboi ! Jangan suruh Kak Long hurai apa beza setiap kain ni, tapi pokoknya ramai juga yang membeli kain dan tempah dengan tukang jahit awal-awal sebab tak nak terjadi kes Baju Boria di atas.

Harga upah memang mahal time-time Raya tapi selalunya perempuan tak kisah berbelanja mahal sikit kalau nak dapat baju raya eksklusif katanya. Maklum la kan, Raya pun setahun sekali je.

Lepas tu, dengan penuh confident bertandang ke rumah kawan atau sedara, duduk kat kusyen dan anda hairan la juga kenapa tuan rumah macam tak layan anda. Rupa-rupanya, corak baju sama dengan corak kain kusyen sampai tuan rumah tak perasan sebab mereka ingatkan anda sarung kusyen! Haha! Ni kisah benar ye, Kak Long pernah pakai baju corak yang sama dengan alas meja sampai kena bahan satu bulan! Horror!

3. Soalan “Maut”

Terutamanya yang masih solo, paling rimas kalau makcik-makcik kepoh mula menanyakan soalan cepumas. “Sorang je ke balik?” “Kamu ni bila nak ada boyfriend?” Dan bila dah ada boyfriend, masing-masing sibuk pula tanya nak kahwin. Dan bila dah kahwin, tanya pulak bila nak ada anak. Bila dah ada anak, tanya lagi bila nak tambah. Stress tak? Agaknya sebab tu la ramai anak-anak muda kalau balik kampung, rela lagi memerap dalam rumah main phone sebab nak elak soalan-soalan maut yang tiada kesudahan ni.

Mungkin kalau ada lagi makcik kepoh yang bertanya, anda jawab je macam kat gambar bawah ni ni biar dia serik dah nak tanya.

4. Si Poyo

Hari Raya selalunya semua orang akan berusaha untuk balik kampung untuk meraikannya bersama keluarga, walaupun perlu membayar tiket kapalterbang yang mahal atau memandu sehingga 12 jam di atas jalan raya demi keluarga tersayang.

Tapi, memang tak sah kalau tak ada saudara atau kawan sedari kecik yang perangai jenis “Poyo’’ atau jenis tak boleh nak kalah. Dan kebiasaannya orang macam ni terasa diri itu “bagus’’ dan tak nak kalah dengan orang lain. Kalau boleh, apa saja perkara hebat yang dia ada atau buat, dia nak canang satu kampung.

Cth : “Kereta tu baru beli bulan lepas, tak mahal 500 ribu je’’ (motifnya di sini dia nak orang tahu kereta di baru dan RM500 ribu tu sangat murah bagi dia)… Atau Kesian kat korang berjam-jam memandu di atas jalan raya nak balik kampung kan, I memang tak boleh lah duduk lama-lama. Sebab tu naik flight je senang, Business class baru RM3,000’’ (Dia nak tunjuk dia prihatin sebab anda kena memandu lama-lama walaupun sebenarnya dia tak kesian pun, matlamat utama dia adalah nak anda tahu dia naik kapalterbang business class je, tak main la economy class!) “Cantiknya tudung you…Beli kat mana, tengok la I punya ni biasa je walaupun beli kat Itik Scarves sampai RM800.’’ (Jenama mahal! Harga mahal! Get it? Get it?)

Poyo tahap gaban! Elakkan berdiri dekat-dekat orang macam ni kalau anda taknak berdarah telinga sepanjang Raya.

Dah tahu kan apa yang boleh jadi ’’horror’’ di Hari Raya? Semoga kita semua dielakkan la dari mengalaminya dan Kak Long pun berharap Raya tahun ni lebih bermakna untuk kita semua. Jangan lupa, selepas raya nanti pandu berhati-hati di jalanraya dan jangan lupa juha untuk melayari laman web EZTakaful untuk melindungi diri anda dan keluarga  dengan pelan-pelan perlindungan kemalangan diri EZTakaful yang menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda dan keluarga terutama nya di musim perayaan ini!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Kak Long dan team EZTakaful!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.