fbpx

Kak Long│3 Perkara “Rare” Sekitar Acara Perarakan Hari Kebangsaan 2022

Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi di Dataran Merdeka, tapak bersejarah yang menjadi saksi pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957.

Jom kita tengok apa yang paling mencuri tumpuan dalam banyak-banyak acara perarakan tahun ni.

1. ‘Abam-abam’ Bomba Sado

Rasanya ini yang paling banyak dikongsi di media sosial pada tahun ini sudah semestinya perarakan kereta bomba oleh Jabatan Bomba Malaysia. Rasanya ini kali pertama Kak Long nampak abang-abang bomba berdiri di atas kereta bomba sambil flex otot-otot tegap dan yang paling lucu membuat aksi mini love ala artis Korea! Tengok saja gambar-gambar mereka di bawah ni!

Sporting habis lah abang-abang bomba ni kan? Siapa yang dah tengok video rakaman perarakan yang tular di Tik Tok akan perasan pasukan awam inilah yang mendapat sorakan paling kuat dari penonton!

2. Lori Milo Yang Menggamit Kenangan Masa Kecil

Milo dan rakyat Malaysia berpisah tiada! Siapa dapat lupa betapa seronoknya berbaris masa sekolah mengambil giliran ambil air Milo percuma bila lori Milo datang, siap berbaris dua tiga kali sebab tak puas minum secawan kan?

Rasanya ini pertama kali juga Kak Long nampak lori Milo masuk perbarisan Hari Merdeka, walaupun agak lucu tapi rasanya sangat sesuai lori hijau ni masuk senarai kerana ia begitu sinonim dengan rakyat Malaysia!

3. Perarakan Kereta Klasik bersama karyawan seni

Termasuk dalam perarakan kali ini adalah 30 kenderaan klasik bersama karyawan seni dan 65 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia.

 Tahukah anda Memori Kemerdekaan: Tunku Abdul Rahman bersama Tun Tan Cheng Lock dan Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Abdul Wahab Abdul Aziz telah diarak menggunakan kereta klasik kemerdekaan model ‘Nash Rambler Custom Convertible 1951’ pada Majlis Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka dari London, di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Peristiwa bersejarah ini telah merintis kepada detik bersejarah, Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Banyak lagi sebenarnya seperti perarakan oleh krew-krew dan pelakon filem Mat Kilau, perarakan oleh orang-orang asli dan sebagainya tapi kalau nak tulis semua memang 1 blog pun tak cukup , jadi apa kata yang dah pergi Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 , anda boleh kongsi dengan Kak Long pengalaman korang pula di ruangan komen.

Perhimpunan kali ini nampaknya ramai sangat yang datang sampai berhimpit di segenap ceruk, bukan saja datang dengan kereta tapi di LRT dan MRT pun begitu sesak sampai ada yang terpijak dan pengsan. Jadi, jangan lupa untuk lindungi diri anda dan keluarga dari kemalangan yang tidak diingini dengan pelan perlindungan kemalangan diri. Di EZTakaful kami menawarkan pelbagai pelan perlindungan yang disesuaikan mengikut keperluan anda dan amat mesra poket. Pendaftarannya juga begitu mudah, cuma perlukan 1 klik sahaja melalui www.eztakaful.com.my, mudah kan?

Jumpa lagi di minggu hadapan #kitajagakita

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.