fbpx

Kak Long│11 Perkara Yang Membatalkan Puasa

Kak Long tidak segera memberi jawapan kepada anak buah Kak Long kerana jujurnya Kak Long pun tak berapa arif, jadi Kak Long tergerak hati untuk mencari jawapan yang sahih jadi apabila dirujuk melalui laman Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Terdapat 11 perkara yang akan membatalkan puasa iaitu:

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad – iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Jadi, mengorek hidung juga termasuk dalam Kategori 1 di atas? Kak Long agak ragu-ragu jadi Kak Long buat carian lagi dan memetik jawapan Ustaz Azhar Idrus, hukum korek hidung atau telinga ketika berpuasa secara sengaja adalah makruh. Ianya tidak menjadi makruh sekiranya melakukan secara bersebab seperti telinga gatal dan sebagainya. Hukum yang mengatakan terbatal puasa sekiranya mengorek telinga atau hidung adalah seperti mengorek telinga atau hidung seperti di luar batas manusia, sebagai contoh mengorek hidung melepasi tulang di atas hidung dan mengorek telinga sehingga melepasi gegendang telinga. Wallahua’lam.

Dan Kak Long tertarik dengan petikan soal jawab Ustaz Azhar Idrus berkaitan puasa, kerana berikut merupakan soalan lazim yang sering ditanya ketika puasa. Dan jawapan yang Ustaz Azhar Idrus walaupun pendek, namun cukup padat dan senang difahami.

1. Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di ‘wall’ Facebook?
Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

2. Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

3. Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa
Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a

4. Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?
Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak ‘pump’ sinki yang tersumbat tu.

5. Apakah hukum berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh?”
Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

6. Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?
Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.

7. Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?
Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa..

8. Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?
Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.

9. Adakah batal puasa jika pakai ‘contact lens’?
Tak batal puasa.

10. Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?
Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.

Kak Long cuma memetik beberapa soalan lazim sahaja yang mungkin bermanfaat untuk pengetahuan Kak Long dan anda semua. Tapi Kak Long nasihatkan juga, pada masa yang sama, sentiasa rujuk semula apa yang anda baca di internet  kepada mereka yang lebih arif dalam bidang-bidang keagaamaan seperti ustaz/ ustazah.

Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang sempena bulan Ramadhan dan cuti sekolah ini jangan lupa persediaan untuk memastikan keselamatan rumah anda terjaga.

Di EZTakaful, kami mempunyai pelan EZHoliday – yang melindungi bukan sahaja kandungan isi rumah anda dari kecurian, kemalangan atau bencana alam – ia juga melindungi anda dari kematian akibat kemalangan atau kehilangan upaya dengan jumlan manfaat yang tinggi sewaktu percutian, apabila risiko kemalangan dan kes pecah rumah adalah lebih tinggi dari kebiasaan. Perlindungan bermula serta merta 5 hari sebelum tarikh cuti Umum, DAN 5 hari selepas, termasuk kesemua cuti sekolah. Anda hanya perlu memohon sekali sahaja. Dari hanya 35 sen sehari, ia Jadi, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan wang – tetapi mendapat juga ketenangan fikiran sewaktu bercuti bersama keluarga di kampung halaman. Berminat? Ketahui dengan lebih lanjut. 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.