fbpx

10 Fakta Tentang Bulan Ramadhan

Bulan Suci Ramadhan adalah merupakan bulan yang penuh berkat dan rahmat yang dinantikan oleh seluruh Umat Islam di dunia ini. Mari kita lihat sekilas fakta mengenai bulan Ramadhan yamg memiliki banyak keistimewaan ini untuk pengertian kita semua:

1. Pengertian Ramadhan

Ramadan (bahasa Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: “panas terik”) (biasa digelar “Ramadan al-Mubarak”) ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

“Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…”

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Lailatul Qadar atau Malam Ketetapan, dianggap sebagai hari sebenar al-Quran telah diberikan kepada Nabi dan biasanya jatuh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan; Malam ini dikatakan, dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan.Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.

Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian umat Islam biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

2. Tujuan Ramadhan

Di sepanjang bulan Ramadan, umat Islam berpuasa untuk menahan diri dari makan dan minum dan sebarang perkara yang melalaikan dari waktu subuh sehingga waktu senja. Mengeluarkan keselesaan ini daripada rutin harian bertujuan untuk menumpukan fikiran pada solat, kerohanian, dan amal jariah dan untuk membersihkan fizikal dan minda. Umat Islam juga dijangka dilarang daripada sebarang perbuatan yang mengurangkan pahala seperti mengumpat dan mengutuk.

3. Pengecualian Berpuasa

Terdapat beberapa golongan umat Islam yang dikecualikan/ tidak diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan contohnya wanita hamil, orang-orang yang sakit secara mental atau fizikal, dan juga wanita yang sedang menyusukan bayi. Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa sehingga mereka mencapai umur akil baligh, namun ramai ibu bapa yang menerapkan amalan berpuasa dalam diri anak-anak mereka sebagai persediaan untuk apabila mereka akil baligh kelak.

4. Permulaan Bulan Ramadhan ditentukan oleh anak bulan

Syariat telah menetapkan bahawa untuk menentukan awal dan akhir bulan Ramadhan itu dengan 2 cara:

a) Ru’yatul hilal (melihat hilal dengan mata). Hilal adalah fase paling awal dari kemunculan bulan. Oleh karena itu hilal berupa garis tipis yang dapat dilihat dengan mata telanjang. Namun para ulama membolehkan menggunakan teropong atau alat bantu lainnya untuk membantu melihat keberadaan hilal.

b) Jika hilal tidak nampak, bulan sya’ban digenapkan menjadi 30 hari.

5. Tarikh adalah tidak tetap dan bertukar setiap tahun

Kalendar Islam berfungsi sejajar kalendar Lunar dan tidak sama dengan solar kalendar Gregorian yang digunapakai oleh dunia sekular. Oleh itu, sambil Ramadhan sentiasa jatuh pada hari yang sama dalam kalendar Islam, namun ia berlaku pada hari yang berbeza pada kalendar Gregorian – biasanya bergerak 11 atau 12 hari lebih awal setiap tahun. Pada tahun 2016, Ramadan bermula pada 6 Jun.

6. Peningkatan Kadar Inflasi

Menurut ahli bank dan ahli ekonomi di negara-negara Islam, Ramadan hampir kebiasaannya menjadi bulan inflasi kerana ramai yang akan meningkatkan jumlah wang yang dibelanjakan secara drastik untuk pakaian dan makanan. Harga sesetengah barang keperluan naik secara mendadak – mengikut bekas wartawan Monitor di Kaherah, semasa Ramadan secawan teh meningkat enam kali ganda dari harga biasa. Walau bagaimanapun, produktiviti ekonomi juga menurun disebabkan waktu bekerja lebih singkat.

7. Ucapan di bulan Ramadhan

Sekiranya seorang yang bukan Islam ingin mengucapkan ucapan selamat sempena bulan Ramadhan, mereka boleh menyebut Ramadan Mubarak, yang bermaksud “Ramadhan Yang Diberkati”.

8. Amal Jariah dan Kebajikan merupakan bahagian terpenting Ramadhan

Walaupun kebanyakan orang bukan Islam tahu bahawa Ramadan adalah bulan untuk berpuasa, zakat juga merupakan bahagian penting dalam cuti panjang bulan itu.

Umat Islam diwajibkan bersedekah secara tetap dalam bentuk sama ada Zakat, yang merupakan pemberian wajib, atau Sedekah, yang dilakukan secara sukarela dengan niat untuk melakukan lebih daripada apa yang dituntut oleh agama. Di sepanjang bulan Ramadan, pahala amal adalah dianggap lebih besar dan ramai umat Islam memilih untuk melebihkan sedekah pada bulan tersebut

9. Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama’ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jemaah.

10. Hari Raya Aidilfitri

Akhir bulan Ramadan dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama.

Pada 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua umat Islam baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua rakaat ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Dan jangan lupa persediaan untuk memastikan keselamatan rumah anda terjaga terutamanya yang merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang sempena bulan Ramadhan dan cuti sekolah ini.

EZHoliday – melindungi bukan sahaja kandungan isi rumah anda dari kecurian, kemalangan atau bencana alam – ia juga melindungi anda dari kematian akibat kemalangan atau kehilangan upaya dengan jumlah manfaat yang tinggi sewaktu percutian, apabila risiko kemalangan dan kes pecah rumah adalah lebih tinggi dari kebiasaan. Dari hanya 35 sen sehari, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan wang – tetapi mendapat juga ketenangan fikiran sewaktu bercuti bersama keluarga di kampung halaman. Berminat? Ketahui dengan lebih lanjut di laman EZTakaful.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.