fbpx

Kak Long│Pengorbanan Ibu

Begitu tingginya kedudukan seorang ibu. Sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini, apa kata kita lihat pengorbanan besar seorang ibu yang mungkin tidak semua sedari.

1. Sewaktu Kehamilan

Sewaktu kita berada dalam kandungan, bayangkan ibu kita dengan perut yang memboyot bergerak ke sana ke mari atau sewaktu melakukan kerja-kerja rumah atau pejabat untuk tempoh 9 bulan 9 hari. Itu belum termasuk penderitaan ibu kita menghadapi loya atau muntah-muntah penangan “Morning Sickness”, kaki yang membengkak, “stretch mark” di perut yang menggatalkan dan kesukaran untuk tidur malam akibat perut yang semakin membesar dan menyukarkan posisi tidur.

2. Sewaktu Kelahiran

Di saat pecahnya air ketuban, ibu kita akan mulai berasa kesakitan untuk melahirkan. Ada yang mengambil masa cuma 2 atau 3 jam sebelum melahirkan, namun ada ibu-ibu yang menghadapi kesakitan bersalin sehingga lebih 1 hari! Bayangkan betapa sakitnya di cucuk pelali Epidural di tulang belakang mereka untuk mengurangkan kesakitan. Ada sesetengah ibu yang dapat bersalin secara normal tetapi ada yang perlu menjalani pembedahan.

Di saat ini, nyawa mereka seperti berada di hujung tanduk, terdapat sesetengah kes setelah melahirkan, terjadi komplikasi dan pendarahan tidak dapat dihentikan, dan ibu tersebut meninggal dunia. Bayangkan betapa beraninya seorang ibu menggadai nyawa mereka sendiri untuk melahirkan kita!

3. Sewaktu Membesarkan Kita

Saat bergelar ibu, 24 jam tumpuan adalah terhadap kita. Tanpa sebarang pengalaman, ibu sanggup belajar menyusui kita, memandikan kita walaupun dalam hati mereka begitu risau untuk meguruskan bayi dengan ubun-ubun yang masih lembik lagi. Mereka juga lah yang berjaga malam melayan karenah kita yang tiba-tiba bangun menangis pada 3, 4 pagi laparkan susu, dan ibu lah yang mendodoikan kita sehingga kita tidur semula walaupun dia harus bangun awal keesokkannya untuk bekerja. Itu belum dikira sewaktu kita demam atau sakit dan ibu terpaksa berkejar ke klinik untuk mendapatkan rawatan untuk kita walaupun waktu itu dia sedang bekerja.

Mereka terpaksa  melupakan aktiviti riadah bersama teman-teman malahan keluarga, menonton wayang, membeli belah atau bercuti ke luar negara bukan lagi menjadi keutamaan, hatta mandi atau bersolek lama-lama seperti sebelumnya kerana tidak sanggup meninggalkan kita tanpa jagaan dan perhatian.

4. Sewaktu Kita Mula Bersekolah

Kak Long tidak pernah lagi menemui ibu yang tidak resah untuk meninggalkan anak-anak mereka sewaktu anak-anak mereka memulakan alam persekolahan. Ada yang menemankan anak-anak sehingga habis waktu persekolahan untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dan tidak menangis sewaktu ditinggalkan.

Kerisauan tentang “Adakah dia dapat kawan-kawan nanti?” “Adakah cikgu dapat memerhatikan anak saya dalam bilangan murid yang ramai itu?” “Adakah dia akan jatuh terluka di sekolah” “Sudah kah anak saya makan ?” berlegar-legar di fikiran seorang ibu walaupun ketika itu dia sibuk menguruskan hal rumahtangga atau kerja pejabat.

5. Sewaktu Kita Remaja dan Menginjak Dewasa

Waktu anak mencapai usia remaja, merupakan waktu yang mencabar bagi ibu bapa. Ketika ini, kebanyakan remaja mudah dipengaruhi kawan-kawan dan mula bersikap memberontak sekiranya kemahuan tidak dituruti. Tahukah anda di saat ini, ibu cuma mampu mengalirkan air mata dan memendam perasaan melihat bentakan anak-anak apabila beliau cuba menasihati? Pada waktu kita merasakan ibu tidak memahami perasaan kita, bahawasanya beliau faham dan cuba mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada diri kita sendiri?

Bagaimana pula saat kita merasakan menghabiskan masa dengan kawan-kawan lebih menyeronokkan berbanding duduk di rumah? Pernahkah kita terfikir perasaan ibu yang setia menunggu kita untuk makan tengahari atau malam bersama-sama pada waktu itu dan sentiasa terfikir untuk menyediakan lauk pauk kegemaran kita? Kita tidak lagi berkongsi cerita bersama ibu walaupun dia teringin mendengar celoteh kita kerana kita rasakan ibu tidak akan memahami kehidupan remaja?

Pernahkah kita ingat betapa bimbangnya ibu apabila kita memilih untuk belajar di sekolah atau kolej atau universiti yang jauh dari rumah kerana naluri seorang ibu  akan sentiasa risaukan tentang makan pakai dan sakit demam kita, dan betapa sunyinya dia tanpa kehadiran kita di rumah? Seorang ibu tidak pernah berhenti risau tentang kita walaupun setelah kita menginjak dewasa dan mula bekerja atau berumah tangga.

Ibu sepatutnya diraikan dan dihargai setiap hari, bukan hanya pada Hari Ibu sahaja. Tanpa mereka, tiada lah kita di dunia ini. Hargailah ibu dan kenanglah jasa mereka sementara mereka masih ada. Hubungi lah mereka selalu untuk bertanya khabar atau pulang menjenguk mereka kerana bagi ibu, itu semua lebih bermakna dari mengirim wang atau membelikan mereka harta benda.

Salah satu caranya juga adalah dengan menghadiahkan ibu pelan perlindungan yang dapat melindungi mereka dari sebarang kemalangan sewaktu ketiadaan anda Pelan-pelan perlindungan kemalangan diri kami amat komprehensif dengan jumlah manfaat melebihi RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda dan keluarga!

Menarik kan? Ketahui lebih lanjut mengenai pelan-pelan EZTakaful di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.