fbpx

Hukum Menggunakan Duit Raya Anak & Cara Menguruskannya

Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya dan berbelanja besar untuk persiapan menyambut hari yang mulia ini, pasti sesetengah orang akan merasa sedikit “pokai” sebaik sahaja Hari Raya melabuhkan tirainya. Sebaliknya, golongan yang “kaya” adalah kanak-kanak kerana banyak mengumpul duit raya!

Bagaimana pun, se”pokai” mana pun kita, hukum memakai duit raya anak-anak adalah haram. Sekiranya keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam duit raya anak-anak namun ia WAJIB dibayar balik dengan kadar segera.

Perkara yang paling afdal yang harus kita lakukan sebagai ibu bapa sebagai pemegang amanah anak-anak adalah:

1. Sediakan Tabung Khas 

Anak-anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa, jadi anda sebagai ibu bapa lah yang harus memupuk sifat menabung sejak mereka masih kecil lagi agar mereka terbiasa dengan amalan tersebut apabila mereka besar nanti.

Wang tabungan ini juga boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah atau permainan yang mereka suka; dan jika mereka “sayangkan” duit tabungan mereka dan tidak mahu melihat tabungan mereka susut, mereka akan terdidik untuk berfikir 2, 3 kali sebelum membazirkan duit tabungan ke atas pembelian yang tidak berapa penting.

2. Simpan Di Dalam Bank

Simpan duit raya anak di dalam akaun bank yang dinamakan atas nama anak anda dan bukannya dalam akaun anda. Ini untuk mengelakkan anda dari terguna duit raya anak tanpa sedar. Banyak manfaat menyimpan duit raya di akaun bank dan salah satunya adalah perolehan faedah ke atas simpanan. Jika simpanan duit raya tersebut tidak diusik, ditambah lagi duit raya yang dikumpul untuk tahun-tahun berikutnya dan jumlah faedah terkumpul, anda mungkin tidak perlu risau tentang mengeluarkan duit perbelanjaan untuk anak-anak anda melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi!

3. Melabur di dalam SSPN-i Plus

SSPN-i merupakan gabungan tabung pendidikan dan juga perlindungan Takaful.Pembukaan akaun adalah cukup mudah dan boleh dilakukan secara online dengan deposit RM30 sahaja. Antara manfaat yang akan anak anda perolehi selain simpanan yang dijamin oleh kerajaan dan dividen yang sangat kompetitif adalah Elaun Kemasukan Hospital, Perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal, khairat kematian dan perlindungan yang tingi sehingga RM1 juta. Maklumat lanjut dan cara membuka akaun boleh klik di sini

4. Simpan di dalam Tabung Haji

Tabung Haji merupakan tempat pelaburan jangka panjang yang rendah risiko selain patuh syarat. Yang bagusnya, setiap tahun zakat akan dikira dan ditolak secara automatik maka anak anda tidak perlu risau tentang pembayaran zakat. Seperti matlamat yang tertera di laman web mereka:

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Dengan menyimpan di dalam Tabung Haji, anda telah pun menempah “saham akhirat” dengan memastikan amanah anda iaitu anak-anak memulakan simpanan agar suatu hari nanti mereka mempunyai bukan sahaja simpanan malah perbelanjaan yang cukup untuk menunaikan fardhu haji. Insya Allah.

Dan tahukah anda bahawa anak-anak lebih berisiko untuk ditimpa kemalangan sama ada di rumah atau pun di luar rumah? Apa kata anda ketepikan RM10 dari jumlah duit raya anak tersebut untuk membeli pelan perlindungan kemalangan terbaik untuk diri mereka yang menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000 hanya dari EZTakaful! Dari hanya 35 sen sehari, anda dapat mencapai ketenangan fikiran sewaktu di setiap masa apabila mengetahui anak anda dilindungi 24 jam di mana-mana sahaja!

Berminat? Ketahui dengan lebih lanjut di laman EZTakaful

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.