“The Prim & Proper” – Mr Jeffri Jaba!

Di panggil mesra sebagai Jeff, orangnya tinggi dan tidak lokek dengan senyuman. Pertuturannya juga lembut dan penuh sopan, dan sekilas pandang, anda mungkin ingat dia tidak mempunyai apa-apa masalah. Namun di sebalik perwatakkannya yang sentiasa tersenyum dia menyimpan sejarah pahit yang masih diingati sehingga hari ini.

“Masih segar di ingatan melihat ayah saya koma dan bergantung kepada mesin hayat di ICU. Dia merupakan penghidap kencing manis dan darah tinggi dan sebaik saja sedar dari koma, doktor mendapati buah pinggangnya rosak dan perlu menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Beberapa bulan selepas itu, saya ingatkan kesihatannya sudah beransur pulih kerana dia tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan dan tidak perlu menjalani dialisis sekerap dulu – sehinggalah pada satu pagi, kami dapati beliau telah “pergi” untuk selama-lamanya sewaktu beliau tidur. Amat sedih kerana beliau pergi pada umur yang masih muda dan ia menyedarkan saya untuk lebih menyayangi diri saya dan menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan dan berusaha menurunkan berat badannya yang kini masih pada tahap berlebihan pada 137kg” – sebab utama mengapa dia menyertai Projek Evolusi anjuran EZTakaful dengan kerjasama Herbalife.

Beralih ke cerita lucu di zaman kanak-kanak, dia menceritakan “Ayah saya merupakan pengurus kuari dan perlu memandu lori ke tempat kerja. Beliau sebenarnya mempunyai Proton Saga untuk menghantar kami adik beradik ke sekolah tetapi setiap kali dia menggunakan kereta Proton, kami akan mogok dan tak nak pergi sekolah! Sebabnya kami lebih seronok menggunakan lori dan beliau terpaksa menurut kehendak kami. Nakal betul kalau ingat balik!”

Berusia 32 tahun,  dan berasal dari Tawau, Sabah, Jeff mempunyai kebolehan memasak kuih muih tradisional dan masakan Melayu seperti rendang dan masak lemak. Seperti Ain, dia amat suka menyanyi dan mempunyai suara lenggok merdu seperti Anuar Zain, dan walaupun tidak berapa gemar menonton TV beliau amat obses dengan YouTube, tidak kiralah sama ada menonton muzik ataupun drama pendek.

Anda sudah pun mengetahui sedikit sebanyak mengenai Jeff, apa kata anda saksikan pula aksi Jeff di kembara 6-minggunya untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my. Adakah Jeff juga peserta kegemaran anda? Jika ya, jangan lupa mengundi untuk Jeff dan anda berpeluang memenangi hadiah hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *