“The Mischievous” Contestant – Ain Sebli

Perkara pertama yang anda akan perasan mengenai Ain adalah gelak ketawa yang ceria dan suaranya yang sangat lantang. Kadang-kadang apabila dia terlampau seronok, ketawanya boleh kedengaran dari berbatu-batu jauhnya mendorong anda untuk berdekah sama!

Gadis berkaca mata berasal dari Sarawak ini berkongsi pengalaman nakalnya sewaktu dia berumur 19 tahun. “Di kawasan kampung saya sebuah rumah terbiar, dan di halamannya ada pokok mempelam yang rajin berbuah. Satu hari tu, seperti biasa kami memanjat masuk pagar rumah tersebut dan kemudian mula memanjat pokok itu untuk memetik mempelam. Saya masih ingat lagi saya ternampak satu botol kecil berisi minyak terikat di pangkal pokok jadi saya ambil dan buang isinya ke dalam longkang. Botolnya saya biarkan di pangkal pokok. Kami semua beramai-ramai mengulam mempelam hasil curian kami di bawah pokok, siap bawak bekal garam, belacan dan kicap untuk dicicah!” Sambungnya lagi “Malam itu tiba-tiba kaki saya tidak boleh bergerak dan esoknya keadaan semakin teruk. Saya panik kerana peperiksaan STPM akan berlangsung dalam masa dua hari. Jumpa doktor, dia pun buntu kerana dia tidak dapat mengesan apa-apa penyakit.  Setelah seminggu, makcik saya yang boleh “mengubat” orang menyarankan saya pergi semula ke pokok mangga tersebut untuk minta maaf dan mengisi semula botol minyak itu dengan air teh. Kedengaran pelik, tapi itu yang saya lakukan dan yang ajaibnya malam itu saya dah boleh berjalan! Sejak tu, saya dah taubat dan tak nak nakal-nakal atau mencuri lagi!”

Berkebolehan menyanyi dan mempunyai suara merdu seperti Fauziah Latiff,  gadis berusia 29 tahun ini tidak terlintas untuk pulang menetap di kampung halaman setelah berada di Kuala Lumpur selama  4 tahun kerana amat selesa dengan kehidupan di Kuala Lumpur. Sesuai dengan perwatakannya yang lincah dan ceria, dia amat meminati rancangan hiburan Maharaja Lawak Mega selain menggemari drama Melayu bersiri dan filem Hindustan.

Dengan berat 84kg, dia sedar ianya tidak seimbang dengan ketinggian 156cmnya. Dan berhasrat mengurangkan berat badan untuk penampilan yang lebih menarik dan sihat bersesuaian dengan usianya – sebab utama mengapa dia menyertai Projek Evolusi anjuran EZTakaful dengan kerjasama Herbalife.

Anda sudah pun mengetahui sedikit sebanyak mengenai Ain, apa kata anda saksikan pula aksi nakal Ain di kembara 6-minggunya untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my. Adakah Ain juga peserta kegemaran anda? Jika ya, jangan lupa mengundi untuk Ain dan anda berpeluang memenangi hadiah hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *