Tahun Baru, Azam Baru

Kita baru saja memasuki tahun 2016 dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, sudah pasti anda ada menanam azam baru dengan harapan tahun ini lebih baik dari tahun seterusnya, bukan? Tapi, bagaimana anda hendak memastikan azam tersebut betul-betul direalisasikan dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam?

Pertama, tetapkan matlamat yang realistik dan logik. Sebagai contoh, anda baru saja tamat pengajian di universiti dan anda berazam menjadi Perdana Menteri Malaysia tahun ini, adakah ia logik? Sudah tentu tidak! Sekiranya anda menetapkan matlamat yang di luar jangkauan anda, ia hanya akan membuatkan anda kecewa besar sekiranya ia gagal tercapai.

Kedua, rancang pelan tindakan dan tetapkan tempoh masa untuk merealisasikannya. Mungkin matlamat anda pada tahun ini adalah untuk membeli kereta baru, jadi benda pertama yang perlu anda fikirkan adalah menyimpan wang yang cukup sebagai wang pendahuluan. Contohnya jika wang pendahuluan adalah berjumlah RM10,000, anda kena fikirkan adakah anda mempunyai simpanan sedia ada yang cukup? Jika tidak, berapa banyak yang boleh anda ketepikan dari gaji anda setiap bulan untuk disimpan?  Mungkin  juga anda mahu bergaya dengan kereta baru di Hari Raya? Ini bermakna anda cuma ada masa 7 bulan untuk menyimpan bermula sekarang, bermakna RM10,000 ÷ 7 bulan – minimum simpanan bulanan anda adalah sebanyak RM1,428.57.

Nah, tak susah pun nak merealisasikan azam baru dengan tips di atas kan?

Jadi, sudahkan anda menetapkan apa azam anda pada tahun ini? Sekiranya anda berazam hendak mengurangkan berat badan, anda memang bertuah kerana Projek Evolusi memerlukan 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan dalam program senaman dan cabaran kecergasan selama 6 minggu bermula 30 Januari. Sekiranya anda berminat, anda cuma perlu menghantar maklumat peribadi anda pada kami menerusi  www.eztakaful.com.my/projekevolusi dan kami akan menghubungi anda sekiranya anda layak.

Namun, jika anda tidak berminat untuk menyertai program ini, tidak mengapa! Kerana anda masih boleh bersama-sama menyaksikan bagaimana peserta-peserta berusaha untuk mencapai azam dan menunjukkan sokongan anda dengan mengundi peserta kegemaran anda di samping berpeluang memenangi hadiah tunai yang lumayan. Jumpa anda di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *