Si Gemuk!…Si Tembam!…Si Montel!…Si Debab!… Doraemon!

Anda ada tak kawan-kawan yang jenis “mulut tak makan saman” dengan selamba melaungkan nama anda dengan gelaran di atas depan khalayak ramai? Rasa malu kat orang tu tak payah cakap, kadang-kadang rasa nak tutup muka dengan plastik dan sorok bawah meja!

Dan bagi yang belum berkahwin tatkala anda pergi ke mana-mana kenduri kahwin, atau rumah terbuka, anda pasti pernah mengalami pengalaman di “temuduga” oleh makcik-makcik “kepoh” tentang bila anda akan mendirikan rumahtangga dan kebiasaannya pertanyaan mereka akan diselangi dengan komen-komen pedas seperti “Makan tu kontrol sikit, badan dah macam kena pam-pam dah makcik tengok. Patut la susah nak berlaki/berbini kau ni!”

Tak cukup dengan itu, di “timeline” aplikasi Facebook atau Instagram, kita akan dihidangkan dengan banyak iklan-iklan peniaga-peniaga online yang tumbuh macam cendawan menjual  pil-pil atau jamu menguruskan badan, losyen pembakar lemak, penyembur mengecilkan paha, perut dan dagu berlapis.

Namun begitu, media sosial, atau masyarakat sekeliling tidak boleh dipersalahkan kerana mentaliti kebanyakan masyarakat walau di zaman moden ni masih ketinggalan zaman bila menyentuh bab-bab saiz dan berat badan.  Pemikiran yang disemai oleh orang dewasa sejak kita masih kecil lagi menyebabkan kita merasakan menjadi gemuk itu sesuatu yang amat hodoh dan menakutkan.

Perkara pertama yang harus kita lakukan ialah menukar mentaliti tersebut. Gemuk BUKAN sesuatu yang menjijikkan TETAPI kegemukan yang tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai penyakit yang akan membahayakan kesihatan kita contohnya penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan pelbagai penyakit kritikal lain. Apabila kita dihinggapi penyakit kritikal tersebut, akan hilanglah nikmat kehidupan kerana kita akan bergantung kepada ubat-ubatan, terpaksa menghadkan pergerakan atau aktiviti yang disukai dan terpaksa mengawal pemakanan kegemaran kita.

Perkara kedua, pendekatan. Fahami punca kegemukan tersebut. Adakah ia disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak berkhasiat – iaitu pengambilan makanan yang berlebihan atau manis – atau gaya hidup tidak berkhasiat – tidak bersenam/kurang cergas? Sekiranya disebabkan oleh pemakanan, mungkin anda patut merombak semula stok makanan yang terdapat di dalam almari dan peti sejuk anda. Buang segala cip kentang, mi maggi, coklat dan semua makanan segera dan digantikan dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau dan produk tenusu yang berkhasiat dan mampu membekalkan sumber tenaga di samping memastikan anda kekal sihat dan mampu menurunkan berat badan anda. Sekiranya kegemukan itu berpunca daripada gaya hidup yang tidak berkhasiat, mungkin ini masanya anda hentikan tabiat bermalasan di atas sofa dan mula bersenam. Tidak bermakna anda haru berlari berkilometer jauh sehari, cukup sekiranya anda mulakan dengan langkah kecil – berjalan di sekeliling kawasan perumahan anda sambil menghirup udara segar. Sekiranya anda membiasakan diri , anda akan dapati dari langkah kecil tersebut, ia akan mendorong anda ke larian anak dan seterusnya anda mungkin lebih bertenaga dan mempunyai stamina untuk menyertai marathon. Ia bukan sahaja mampu membakar lemak malah mengeluarkan toksin daripada badan melalui peluh yang dirembes.

Jadi, bagaimana? Adakah di Tahun Baru ini anda ingin berterusan di panggil Si Gemuk!…Si Tembam! Oleh rakan-rakan anda? Atau anda mahu menjadi lebih sihat dengan penampilan baru yang lebih hebat dengan memulakan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat?

Jika azam utama Tahun Baru 2016 anda adalah menurunkan berat badan anda, kami ada berita baik untuk anda! Lawati Laman Facebook EZTakaful di http://45.127.5.80:8181/competition/ sekarang dan anda mungkin terpilih sebagai salah seorang peserta program program transformasi kami di samping mengalami keseronokan cabaran kecergasan selama 6 minggu oleh jurulatih peribadi DAN memenangi hadiah tunai! Prosesnya amat mudah, anda cuma perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan hantar. Sertai sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *