Projek Evolusi – Nutritious Food with K4M1 Lounge

Semalam kita telah mengupas sedikit sebanyak perkara menarik mengenai Jurulatih Malique, jadi pada hari ini kita akan mengupas lebih lanjut mengenai perniagaan berasaskan kepada penjualan makanan dietnya yang dijangka dilancarkan pada akhir bulan Mac 2016.

Diberi nama K4M1 Lounge yang diinspirasikan dari perkataan “Kami” bertujuan menyediakan pusat sehenti atau one stop center pemakanan diet untuk orang ramai yang ingin mengamalkan pemakanan sihat sama ada dengan tujuan untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan ideal mereka. Bertempat di Starpac Point, off Jalan Genting Klang, and boleh memilih dari pelbagai menu makanan berkhasiat rendah lemak dengan harga yang berpatutan dan semestinya lazat sebagai contoh Nasi Beras Perang Dengan Ikan Salmon atau Ayam, Sayuran Campur Dengan Ikan Salmon atau Ayam, Spaghetti Dengan Sos Tomato & Daging Lembu dan banyak lagi. Ianya agak unik berbanding makanan diet tradisi yang cuma menggalakkan pengambilan lebih banyak sayuran dan buah-buahan kan? Tetapi tujuan utama di K4M1 Lounge adalah untuk memastikan pelanggan mampu menikmati makanan yang lazat tanpa perlu risau tentang lemak atau kalori. Bak kata Jurulatih Malique “Anda tak perlu berlapar atau hilang nikmat makanan hanya semata-mata kerana anda berdiet!”

Selain makanan diet, K4M1 Lounge juga menyediakan minuman kesihatan seperti Jus Buah-Buahan dan pelbagai jenis minuman sejuk & panas rendah lemak seperti Kopi (Latte, Roast Latte, Americano, Machiatto dan sebagainya) untuk melengkap hidangan makanan diet tengah hari atau malam anda. Bagi mereka yang sedang menjalani proses membina badan, terdapat juga bar untuk shake protein seperti Muscle Mass Gain Protein Shake, Mass Muscle Protein Shake, Lean Mass Protein Shake dan lain-lain minuman protein yang boleh dipilih mengikut keperluan bina badan pelanggan.

Berkeluasan 2,300 kaki persegi, ia mempunyai ruang yang luas dan amat sesuai bagi pelanggan-pelanggan sama ada untuk aktiviti santai bersama rakan-rakan di samping menikmati Wi-Fi percuma. Selain menjamu selera, pelanggan boleh juga membeli Merchandise antara lainnya seperti topi, baju T-Shirt, Jersi & Jersi Besbol.

Jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi K4M1 Lounge di hari pembukaannya di akhir Mac 2016 dan mencuba makanan atau minuman diet mereka! Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai menu makanan K4M1 Lounge yang ditaja oleh Jurulatih Malique khas untuk peserta-peserta Projek Evolusi www.eztakaful.com.my. Jangan lupa juga untuk mengundi peserta kegemaran anda bagi peluang untuk memenangi hadiah-hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *