Media Sosial Pengerat Persahabatan

Tahukah anda mengapa media sosial seperti Facebook amat popular dan efektif sebagai medium untuk bersosial dan berinteraksi dengan rakan-rakan pada masa kini?

Anda bukan sahaja boleh menjalin semula perhubungan dengan rakan-rakan lama yang telah lama putus akibat faktor jarak dan lokasi malahan menambah rakan-rakan baru sebagai tambahan kepada rakan-rakan sedia ada yang mungkin terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan sejak kecil dan rakan-rakan sekerja. Selain itu.

Memuat turun tarikh lahir ke Google Calendar, iCal, atau Outlook

Bukan sahaja Facebook akan menghantar peringatan untuk memaklumkan hari lahir rakan-rakan anda, ia juga boleh di muat turun ke kalendar Google, iCal atau Outlook jadi anda akan mempunyai rekod tarikh lahir rakan-rakan walaupun anda tidak log masuk ke Facebook. Bukan sahaja anda boleh merancang majlis hari lahir untuk mereka dengan lebih awal –kebiasaannya untuk rakan paling rapat atau ahli keluarga – malahan menyelamatkan anda dari terlupa mengucapkan  hari jadi yang mungkin boleh menyebabkan kes bermasam muka!

Panggilan dan Panggilan Video Percuma

Anda mungkin mempunyai rakan-rakan yang tinggal di luar negara, atau di luar negeri dan terlepas peluang untuk berjumpa mereka di dalam mana-mana acara atau majlis keraian yang mana anda semua sepatutnya bertemu. Dengan Facebook, anda tidak perlu mengeluarkan walau sesen pun untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan anda melalui panggilan atau panggilan video dan ia boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja menerusi telefon pintar anda ataupun komputer. Cuma pergi ke mesej peribadi Facebook dan tekan butang panggilan atau panggilan video dan anda terhubung secara automatik! Yang menariknya, anda juga boleh mengajak rakan-rakan lain untuk menyertai perbualan tersebut di mana ia juga dikenali sebagai panggilan berkumpulan untuk memeriahkan lagi suasana!

Permainan

Khususnya untuk Facebook, terdapat pelbagai permainan untuk mengisi masa lapang dan pada masa yang sama anda boleh berseronok dan bersaing dengan rakan-rakan untuk mendapat markah yang tertinggi. Permainan Candy Crush sebagai contohnya, bukan sahaja popular di kalangan golongan remaja malahan yang berumur, di mana ia membolehkan anda dan rakan-rakan Facebook anda menghantar “nyawa”, “tiket” dan tambahan langkah kepada satu sama lain sebagai bantuan untuk menyelesaikan permainan anda. Selain itu, anda dan rakan-rakan boleh berbincang dan berkongsi tips tentang bagaimana untuk  menyelesaikan tahap Candy Crush yang sukar. Permainan sebegini bukan sahaja mengeratkan persahabatan kerana berkongsi minat yang sama tetapi juga menghilangkan tekanan akibat belajar ataupun bekerja.

Berkongsi Album Gambar dengan Rakan-Rakan

Sekiranya anda dan rakan-rakan pergi untuk percutian yang menyeronokkan atau majlis perkahwinan/ hari jadi/ pertunangan/ makan malam yang amat bermakna bersama rakan-rakan, sudah tentu masing-masing akan merakamkan banyak gambar sebagai memori. Dengan Facebook, anda boleh mencipta satu album di mana anda dan rakan-rakan anda boleh berkongsi untuk memuat naik gambar kenangan anda.

Caranya amat senang:

  1. Pergi ke Album- Album
  2. Tekan butang “Cipta Album”
  3. Masukkan nama rakan-rakan Facebook yang anda. benarkan sebagai penyumbang gambar kepada album anda.

Kemudian, setelah selesai memuat naik gambar-gambar, anda dan rakan-rakan anda boleh men’tag’ nama masing-masing dan album ini akan dipamer di “timeline” Facebook anda dan rakan-rakan anda. Di situ juga anda boleh mencatat tarikh dan menulis coretan di ruangan deskripsi album dan juga meninggalkan komen-komen tentang perkara lucu yang berlaku! 10 atau 20 tahun dari sekarang, album ini akan menjadi memorabilia yang amat berharga untuk anda dan mereka!

Berkongsi Pos

Mungkin anda terjumpa artikel  berkenaaan isu semasa, jualan murah atau petua-petua atau resipi-resipi menarik yang anda ingin kongsi bersama rakan-rakan, anda boleh lakukan dengan berkongsi artikel tersebut di wall Facebook anda dan rakan-rakan Facebook anda bukan sahaja boleh “Like” dan meninggalkan komen, malahan mereka juga boleh berkongsi artikel tersebut di wall Facebook mereka sendiri.  Ini juga amat berguna sekiranya anda ingin memviralkan dan memberi amaran kepada rakan-rakan Facebook anda supaya lebih berhati-hati sebagai contohnya kes rompakan atau menolong menyebarkan maklumat penculikan.

Namun, ada satu artikel yang wajib anda kongsi di mana anda berpeluang menyertai keseronokan cabaran 6 minggu di samping menurunkan berat badan dan memenangi hadiah tunai lumayan. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan Facebook anda untuk turut serta di dalam keseronokan itu  dan mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri! Menarik kan? Lawati https://www.eztakaful.com.my/competition sekarang dan ketahui dengan lebih lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *