Kak Long @ Tim’s Teapot Terrace

Kak Long tergerak nak pergi ke sini atas ajakan kawan Kak Long yang duduk berdekatan, katanya ramai yang datang ke sini. Tim’s Teapot Terrace ni terletak di deretan kedai yang agak usang kat Lorong Perak, Taman Melawati. Tempat ni terkenal dengan deko teko teh yang unik dan ramai yang datang ke sini untuk minum petang.

Mungkin dari luar nampak kedai ni dah lama, tapi jangan cepat menilai dari luaran, sebab bila Kak Long masuk ternganga jugak lah tengok hiasan kedai yang sangat cantik. Langsung tak sangka. Tak caya jom kita tengok gambar.

Collage-1Collage-2-1Collage-3Collage-4Kak Long tengok waktu puncak kedai ni adalah dari pukul 3 hingga 6 petang, jadi kalau korang tak nak berebut tempat letak kereta sebab memang terhad di sepanjang jalan depan kedai, mungkin korang boleh datang lebih awal atau lambat sikit. Tapi, malam-malam agak sunyi sebab sebelah menyebelah kedai dah tutup awal. Lagipun takut kek habis, hehe!

Alamat: 9128, Lorong Perak, Taman Melawati 53100 KL.

Waktu perniagaan: 11 pagi – 10 malam, Selasa hingga Ahad.

No telefon : 03-41012523, 012-2348850

Instagram: @timsteapotterrace

Itu saja untuk minggu ini. Jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!

Jumpa lagi di minggu depan! Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *