Bahagian 2 – Tetamu Istimewa Projek Evolusi

Pada minggu ini, setiap peserta berpeluang menjemput seorang ahli keluarga/rakan baik mereka ke set penggambaran Projek Evolusi sebagai tetamu istimewa untuk sesi temuramah di mana mereka berkongsi pandangan mereka mengenai perubahan peserta semenjak mereka menyertai Projek Evolusi dalam kembara 6 minggu untuk menurunkan berat badan. Anda boleh menonton aksi temuramah spontan peserta bersama ahli keluarga/rakan baik mereka ini di www.eztakaful.com.my. Sekarang, mari kita ketahui dari peserta mengenai kisah tetamu istimewa mereka dengan lebih lanjut:

Peserta-Peserta Lelaki

Areed Razman dan Mohd Hafizan Mohd Rajab

Blog-Facebook-Images-BM_areed

“Hafizan atau mesra dipanggil Pijan berumur 31 tahun merupakan penulis untuk stail.my. Saya mengenali dia sejak 13 tahun lalu dan merupakan rakan sebilik sewaktu mengambil Diploma di UITM Arau. Kami mempunyai pandangan dan minat yang sama dari semua segi, terutamanya berkenaan muzik, fesyen dan filem. Kami mempunyai grup WhatsApp yang diberi nama ‘Soulmates’ di mana kesemua mereka dalam grup tersebut merupakan rakan-rakan rapat semenjak zaman universiti. Semenjak saya menyertai Projek Evolusi, setiap hari mereka akan memberikan kata-kata semangat, dan sekiranya kami melepak bersama-sama, mereka akan pastikan tempat tersebut hanya menyajikan makanan yang sihat untuk saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan dan galakan mereka yang tidak putus-putus, bukan sahaja kepada Pijan tetapi kesemua kawan rapat saya terutamanya Zhaff dan Nedz di grup ‘Soulmates’.”

Jeffri Jaba dan Nazif

Blog-Facebook-Images-BM-jeff

“Saya mengenali Nazif 4 tahun lalu sewaktu kami bekerja di syarikat yang sama, tetapi hanya menjadi rapat 3 bulan yang lalu sejak dia dipindahkan dalam jabatan yang sama dengan saya. Nazif bekerja sebagai telemarketer dan pernah menjadi part time model untuk baju pengantin. Dia bukan jenis orang yang cerewet dan yang paling penting dia bukan jenia yang suka marah, rasanya saya tak pernah lagi tengok dia marah setakat ni. Nazif juga amat menggilai fesyen, dia akan memakai apa jua jenama selagi ia kelihatan segak di matanya atau nampak “Fantabulous” – ayat kegemarannya untuk menggambarkan sesuatu yang amat cantik dan bergaya.

Dia banyak menyokong saya semenjak saya menyertai Projek Evolusi. Saya amat berterima kasih kepada dia, dia merupakan kawan ketawa dan menangis saya, tidak mudah untuk mencari kawan yang amat baik seperti dia”

Jangan lupa mengikut peserta kegemaran di www.eztakaful.com.my dan mengundi mereka sebagai Pemenang Cabaran Mingguan atau Juara Keseluruhan di samping peluang untuk anda memenangi hadiah-hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *