Bahagian 1 – Tetamu Istimewa Projek Evolusi

Pada minggu ini, setiap peserta berpeluang menjemput seorang ahli keluarga/rakan baik mereka ke set penggambaran Projek Evolusi sebagai tetamu istimewa untuk sesi temuramah di mana mereka berkongsi pandangan mereka mengenai perubahan peserta semenjak mereka menyertai Projek Evolusi dalam kembara 6 minggu untuk menurunkan berat badan. Anda boleh menonton aksi temuramah spontan peserta bersama ahli keluarga/rakan baik mereka ini di www.eztakaful.com.my. Sekarang, mari kita ketahui dari peserta mengenai kisah tetamu istimewa mereka dengan lebih lanjut:

Peserta Perempuan

Ain Sebli dan Nik Ashrol Izlan bin Nik Ibrahim

Blog-Facebook-Images-BM_ain

“Dia mesra dengan panggilan Aerol berasal dari Kelantan dan kami bekerja di syarikat yang sama, tetapi Aerol juga merupakan model sambilan. Walaupun berlainan negeri namun keserasian kami hampir sama dr segi hobi dan sikap masing-masing. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama diluar untuk riadah seperti melepak atau jogging. Sifat kami juga sama iaitu agak kasar dari segi gurauan dan suka mencuba makanan baru. Kami tidak mempunyai rahsia dan kami diibaratkan ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa.’ Kami juga digelar kaki buli pekerja baru namun itu semua sekadar gurauan untuk menghilangkan tekanan kerja.”

Semenjak mengikuti program nie, Aerol menjadi penyuntik semangat saya – dia akan mengulang slogan saya “agik idup agik ngelaban” apabila saya teringin memakan makanan berlemak. Lucunya ayat tu diluahkan dengan nada yg serius dan bersahaja. Dia juga selalu menunjukkan gambar-gambar yang memberi inspirasi seperti gmbar perempuan gemuk yang telah hilang berat badan dan menyertai saya melakukan aktiviti lasak untuk menurunkan berat badan. Dia amat gigih untuk melihat perubahan ke atas saya membuatkan saya melabel dia sebagai guru disiplin kerana dia akan mengerah saya seperti askar untuk bersenam. Aerol seperti adik kandung saya sendiri dan dia juga lah tempat saya mengadu dan meluah perasaan dan saya berharap persahabatan kami kekal ke akhir usia.

Nicolle Sabastian & Annisa Amiera Zullkifly

Blog-Facebook-Images-BM_nicoll-1

“Saya mengenali Annisa semenjak 8 tahun lalu sewaktu kami belajar bersama-sama di Unisel, mengambil kursus yang sama iaitu TESL dan berkawan baik sehingga sekarang. Saya menyukai dia kerana dia sangat ‘natural’ dan tidak berlagak, tidak berpura-pura menyebabkan senang untuk berkawan dengannya dan mempercayainya. Sebelum ini dia pernah menjadi model dan juga membantu bapanya menjual kereta terpakai. Asalnya dari Kelantan tetapi menetap di Kuala Lumpur. Dia menyukai kailan ikan masin dan dia juga mengajar saya menyukai kailan ikan masin dan teh ais.

Dia banyak memberi motivasi semenjak saya menyertai Projek Evolusi dan mempunyai cara tersendiri untuk mengingatkan saya sekiranya saya terlupa menjaga makan/minum atau bersenam. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Annisa kerana sentiasa menyokong saya.”

Wan Masyitah dan Nor Farahana Binti Razali

Blog-Facebook-Images-BM_wan

“Nor Farahana binti Razali merupakan anak saudara dari sebelah suami saya berumur 19 tahun, berasal dari Kelantan namun kini belajar di Institut Kraf Negara di Rawang. Saya amat menyenangi anak saudara saya ini kerana dia lemah lembut orangnya dan sangat menghormati orang yang lebih tua darinya. Dia juga sentiasa berusaha dan bersemangat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Semenjak dia mengetahui saya menyertai Projek Evolusi, dia sangat teruja untuk bertanya macam-macam tips kesihatan dan cara untuk menurunkan berat badan. Saya berdoa semoga segala impiannya akan tercapai satu hari nanti.”

Ketahui pula dengan lebih lanjut mengenai tetamu istimewa peserta lelaki dalam bahagian ke 2 blog ini. Jangan lupa mengikut peserta kegemaran di www.eztakaful.com.my dan mengundi mereka sebagai Pemenang Cabaran Mingguan atau Juara Keseluruhan di samping peluang untuk anda memenangi hadiah-hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *