Ada Apa Dengan Cinta 2

Akhirnya sekuel kedua filem Indonesia yang satu ketika dulunya memasuki senarai pecah panggung Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) ditayangkan secara rasmi di pawagam di seluruh Malaysia pada 28 April 2016. 14 tahun Kak Long menunggu semenjak sekuel pertamanya ditayangkan pada tahun 2002, Kak Long pun masih muda remaja lagi pada masa tu. Ahem!

Blog-Facebook-Images-BM_AADC
Ada Apa Dengan Cinta 2. (2016). [film] Indonesia: Riri Riza.

Seperti yang dijangka, semua tiket untuk filem AADC laris macam goreng pisang dek peminat-peminat tegar filem romantis Indonesia macam Kak Long, tapi Kak Long hanya berkesempatan menonton AADC2 hari Ahad lepas kat pawagam TGV The Strand Kota Damansara, tu pun dapat tempat duduk baris ketiga dari skrin. Panjang jugak lah leher Kak Long lepas tu sebab kena mendongak sepanjang 2 jam lebih tu.

Blog-Facebook-Images-BM_AADC_5

Okay, jalan ceritanya lebih kurang begini. 5 sahabat karib dalam AADC iaitu Cinta (Dian Sastrowardoyo), Milly (Sissy Priscillia), Alya (Ladya Cherill), Maura (Titi Kamal) dan Carmen (Adinia Wirasti) cuma tinggal 4 orang sahaja dalam AADC2 di mana karakter Alya dinyatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada tahun 2010 (Pelakon sebenar Alya masih hidup cuma beliau mengambil keputusan untuk tidak menyertai AADC2 kali ini). Mereka berempat bertemu kembali di galeri seni milik Cinta di mana Maura & Milly sudahpun berkahwin, Cinta sudah bertunang dengan seorang usahawan yang kaya-raya dan Carmen baru sahaja habis menjalani pemulihan akibat penyalahgunaan dadah apabila rumahtangganya runtuh. Dalam pertemuan semula itu, mereka bersepakat untuk bercuti ke Yogyakarta tanpa pasangan masing-masing.

Blog-Facebook-Images-BM_AADC_2
Ada Apa Dengan Cinta 2. (2016). [film] Indonesia: Riri Riza.

Kebetulan pula, di New York, Rangga (Nicholas Saputra) yang kini memiliki kafe sendiri dikunjungi adik tirinya yang menyatakan ibu kandungnya amat merindukannya. Rangga yang pada mulanya amat mendendami ibunya kerana meninggalkannya dari kecil akhirnya membuat keputusan pulang bertemu ibunya ke Yogyakarta.

Dah tentu korang boleh teka apa yang jadi seterusnya kan? Ya betul, dipendekkan cerita mereka bertembung di Yogyakarta, dan Cinta bersemuka dengan Rangga untuk mendapatkan penjelasan mengapa dia mengambil keputusan untuk berpisah (Babak di mana Cinta membebel sehingga Rangga terdiam memang buat Kak Long tergelak, sebab Kak Long – mungkin kebanyakan perempuan kot – kalau dah marah, jangan lah ada yang berani nak mencelah, naya jawabnya).

Blog-Facebook-Images-BM_AADC_4
Ada Apa Dengan Cinta 2. (2016). [film] Indonesia: Riri Riza.

Pertemuan yang sepatutnya sekejap berlarutan sehingga subuh keesokan harinya, nampak jelas masih timbul bibit-bibit cinta antara mereka masih ada walaupun Cinta menyatakan mahu berjumpa sekadar “mahu menutup lembaran lama supaya dapat memulakan hidup baru.” Kak Long paling suka bab pameran seni tempatan Yogya dari Eko Nugroho, pertunjukan Papermoon Puppet, hingga muzik rap Jawa dari Jogja Hip Hop Foundation yang dipaparkan. Masing-masing pulang ke Jakarta dan New York untuk menjalani kehidupan masing-masing, namun di akhir cerita, Cinta sedar cintanya hanya untuk Rangga dan beliau terbang ke New York untuk mencari Rangga dan akhirnya mereka bersama semula. Sweet tak?!

Blog-Facebook-Images-BM_AADC_3
Ada Apa Dengan Cinta 2. (2016). [film] Indonesia: Riri Riza.

Kak Long kasi 4 bintang untuk filem ni sebab pertama, rasa kehilangan apabila watak Alya tak ada sebab bagi Kak Long lakonannya betul-betul hidup dan dramatik. Yang kedua, alasan yang diberikan oleh Rangga untuk berpisah dengan Cinta memang tak logik langsung, dah lah berpisah melalui surat je walaupun ada telefon. Tak maskulin betul lah!

Walau macamana pun, meleleh-leleh jugak lah air mata Kak Long sepanjang filem ni sebab banyak babak yang sangat menyentuh perasaan orang berjiwa lembut cam Kak Long ni, jadi Kak Long nasihatkan sesiapa yang nak menonton AADC2 ni bawak lah tisu banyak-banyak!

Itu saja ulasan Kak Long setakat ini, minggu depan nantikan kemunculan Kak Long untuk kupasan seterusnya berkenaan…apa dia? Biarlah rahsia…Hehe! Tapi jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan mengetahui berita terkini mengenai pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!

Jumpa lagi di minggu hadapan! Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *