Bentuk-bentuk Tart Nenas Kreatif

Bila tengok dalam internet, banyak lagi rupanya jenis rupa tart nenas yang boleh anda cuba sesuai dengan kekreatifan anda. Tapi sebelum tu, meh Kak Long kongsi sikit resipi tart nenas kot-kot anda rajin nak cuba hujung minggu ni.

Bahan-bahan:

  • 350 gram tepung serbaguna
  • 200 gram mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 2 biji telur gred B (ambil kuningnya sahaja)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 kg jem nenas – Boleh dibeli di kedai menjual bahan-bahan bakeri

Cara-caranya:

  1. Ayak tepung, gula aising, tepung jagung dan tepung kastad dalam satu bekas
  2. Ulikan bersama mentega / marjerin sehingga mendapat doh yang lembut.
  3. Selepas itu masukkan esen vanilla dan kuning telur tadi. Uli lagi sehingga lembut.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam dan kemudian anda boleh bentukkan menjadi tart dengan memasukkan jem nenas yang telah dibulat-bulatkan.

Jom tengok bentuk-bentuk tart nenas lain yang Kak Long jumpa dalam internet. Dah dekat raya ni, mana tau boleh la ambil tempahan sikit untuk buat duit sampingan.

Kredit kepada blogspot reenkhan7067

2. Tart Nenas Gulung

Cara yang paling mudah. Doh tart kebiasaanya dipotong memanjang menggunakan mesin. Jem tart kemudiannya digulung melintang di atas doh tadi dan dipotong mengikut saiz doh dan digulung. Senangkan?

Kredit kepada Youtube Falcon PastaMaker

 3. Tart Nenas Bunga

Hanya bentukkan doh tart menggunakan acuan yang boleh didapati di kedai bakeri dan kemudian masukkan jem tart nenas yang telah dibulat-bulatkan. Cantik!

Kredit kepada Blog Resipi Citarasawan

 4. Tart Nenas Buah

Yang ni Kak Long pun fail nak buat. Asalnya doh nenas yang telah dibentuk menjadi bentuk buah, diwarnakan dengan pewarna. Dan tunggu sehingga kering kemudian di sapu putih telur yang juga dicampur sedikit pewarna yang sama.

Kredit kepada Blog Arahchocolate

Dah dapat kan idea-idea? Sebenarnya banyak lagi bentuk yang kreatif kalau anda rajin menyemak laman internet kalau ada kelapangan.

Dan sesambil anda melayari internet tu boleh la layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga  RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan di mana anda juga boleh membuat pendaftaran serta merta secara atas talian! Raya pun tak lama lagi, bagi yang nak balik kampung tu ini lah masa yang sesuai untuk anda merancang perlindungan sewaktu perjalanan balik.

Jumpa lagi di blog Kak Long di minggu hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.