fbpx

Bagaimana Telefon Pintar Mengubah Kehidupan Kita

Beberapa tahun yang dahulu, sekiranya kita keluar dan menyedari bahawa kita telah tertinggal dompet di rumah, kita akan merasa sangat cemas dan mahu pulang ke rumah secepat mungkin. Kini, bagaimana jika kita tertinggal telefon pintar di rumah? Kita akan merasa hilang punca. Tanpa peranti yang mampu melakukan kesemuanya di hujunghttp://www.naturecurl.com/bm-blog/wp-admin/post-new.php jari anda… bagaimana anda mahu melayari internet, mengetahui jadual harian kita, memasuki platform sosial kegemaran, menghantar mesej kepada kawan-kawan, mengambil gambar, mendengar muzik… kita akan manjadi sebuah pulau yang terpencil dengan serta-merta!

Blog-Facebook-Images_Sharks-1024x536

 

Ramai akan bersetuju bahawa telefon pintar, dalam tempoh masa yang agak singkat, telah mengubah cara kehidupan kita selama-lamanya, sama ada secara halus atau secara jelas. Persoalan sebenar, adakah perubahan itu memperbaiki atau memburukkan kehidupan kita?

Telefon Pintar Mengubah Dunia

Ia telah mengubah cara kita menggunakan maklumat dan berkomunikasi: Kemudahan atau Kemalasan?

Pada masa kini, kita boleh mengakses apa jua maklumat pada bila-bila masa yang kita mahu. Begitu juga dengan komunikasi. Hakikat bahawa kita boleh mendapatkan apa-apa maklumat pada bila-bila masa mempunyai kesan yang besar kepada kehidupan kita. Baru-baru ini, satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendapati kita lebih cenderung melupakan maklumat yang mudah kita dapati. Apabila kita ditanyakan soalan, kita lebih cenderung memikirkan mengenai bagaimana kita boleh mencari jawapan di internet, bukannya memikirkan penyelesaian kepada soalan. Ia kelihatan seolah-olah kita menjadi semakin malas kerana kita tahu kita boleh mengakses apa jua maklumat pada bila-bila masa.

Ia telah mengubah kelakuan kita: Lebih banyak Berhubung atau Lebih Terasing?

Di waktu subuh, perkara pertama yang kita lakukan adalah mencapai telefon pintar kita untuk mematikan jam penggera, memeriksa e-mel dan media sosial untuk memeriksa sebarang mesej dari bos atau rakan-rakan. Dari sehari ke sehari, kita menggunakan telefon pintar dalam perjalanan ke tempat kerja sama ada di dalam kereta atau LRT, di waktu makan, di tempat kerja, dalam perjalanan pulang, di dalam bilik mandi dan di atas katil. Adakah kita lebih suka bergaul, ketagih dengan cara kepuasan diri yang baru atau terasing daripada interaksi kehidupan manusia yang sebenar?

Ia telah mengubah cara kita bekerja: Lebih Produktif atau Bekerja Tanpa Henti?

Hasil daripada teknologi mudah alih, telefon pintar telah memanjangkan hari dan menjadikan kita tersedia tidak kira di mana kita berada. Komputer yang berkuasa dan bersaiz poket ini membolehkan kita menyelesaikan beberapa perkara walau di mana kita berada seperti memeriksa e-mel, menyemak fail atau persidangan video. Adakah kita menjadi semakin produktif atau kita telah menyerah kalah kepada kebolehan kita untuk memutuskan hubungan daripada dunia bekerja?

Ia telah mengubah cara kita melindungi kesihatan kita: Lebih malas atau Lebih prihatin?

Orang dewasa dan juga kanak-kanak pada masa kini menghabiskan masa berjam-jam sehari dengan telefon pintar mereka, bermain permainan yang mendatangkan ketagihan seperti Candy Crush atau menonton video YouTube dan lain-lain lagi. Penggunaan masa ini telah mengurangkan masa untuk aktiviti fizikal dan bersenam untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan berhujah bahawa terdapat aplikasi kesihatan yang boleh dimuat turun, di mana ia membantu kita mengawasi dan meningkatkan kesihatan kita seperti pemantauan diet sendiri dan pengawasan berat badan. Aplikasi ini juga boleh memberikan akses kepada maklumat kesihatan atau mengingatkan kita untuk mengambil ubat, merekodkan tanda-tanda penting seperti gula darah dan tekanan darah.

Blog-Facebook-Images_autumn-1024x536

 

Tambahan pula, doktor-doktor kini juga menjadi lebih mudah didapati. Aplikasi boleh menghubungkan doktor yang berkelayakan terus ke skrin telefon pintar anda, memberi nasihat segera sekiranya berlaku kecemasan. Terapi tradisional adalah secara bersemuka, tetapi kaunseling virtual menghubungkan kita dengan doktor kita melalui paparan skrin komputer, pada bila-bila masa, di mana mana sahaja, di mana ia amat penting jika kita adalah penduduk luar bandar.

Ia telah mengubah cara kita mengembara: Peta kertas atau GPS?

Dengan peranti pengesanan dalam poket anda, berjalan pulang bersendirian pada waktu malam tidaklah begitu berbahaya seperti pada tahun-tahun yang lepas. Terdapat aplikasi keselamatan dengan pengesanan GPS langsung supaya rakan-rakan anda boleh memastikan anda pulang ke rumah dengan selamat, dan aplikasi lain yang akan mencetuskan penggera automatik jika anda gagal untuk balik pada waktu yang spesifik. Kita juga boleh menguruskan teksi untuk menjemput anda menggunakan aplikasi terkenal di mana ia merekodkan nama dan nombor pendaftaran pemandu teksi anda, termasuk laluan yang anda gunakan.

Blog-Fb-Images_GPS-1024x536

 

Namun begitu, perubahan terbesar ke atas kehidupan kita yang dilakukan oleh telefon pintar adalah memudahkan pengurusan perlindungan mampu milik untuk anda dan keluarga dengan aplikasi EZTakaful.

App_Promo_Image4-1024x818

Muat turun aplikasi percuma ini sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai EZTakaful dan lindungi mereka yang tersayang.

Minggu hadapan merupakan bahagian terakhir siri Teknologi blog EZTakaful, di mana kami akan membincangkan kesan media sosial ke atas komuniti tempatan. Nantikan!

Selamat Membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.