fbpx

Apps Terhangat Yang Mesti Dimiliki Untuk Telefon Pintar

Pada minggu lepas, kita telah membincangkan mengenai beberapa perbezaan utama antara iOS dan Android. Minggu ini, blog EZTakaful akan memfokus kepada Apps yang terdapat di platform tersebut yang membolehkan anda melakukan banyak perkara yang menarik dan menyeronokkkan dengan telefon pintar anda.

Apa itu Apps?

‘App’ merupakan singkatan untuk ‘aplikasi’ – yang bermaksud program komputer. Apabila seseorang bercakap mengenai apps, biasanya mereka merujuk kepada program yang beroperasi dalam peranti mudah alih, seperti telefon pintar atau tablet.

Pada masa kini, kesemua telefon pintar moden datang dengan  pelayar web yang berkuasa, di mana anda boleh menggunakannya seperti komputer meja untuk melayari laman web. Walaubagaimanapun, bermain dengan bar URL dan mengurus bookmark bagi peranti mudah alih adalah rumit dan tidak mesra pengguna. Akibatnya, banyak laman dan perkhidmatan web sekarang mempunyai Apps tunggal untuk pelayaran yang lebih baik untuk pengguna-penggunanya.

Ditenggelami Pilihan Apps?

Pada masa kini, terdapat aplikasi untuk segalanya; anda mempunyai banyak pilihan – sebenarnya terlalu banyak pilihan! Jadi, anda tidak keseorangan sekiranya anda berasa begitu!

Menurut data yang dikeluarkan seminggu sebelum pelancaran Apple iPhone 6S, berikut merupakan 10 Apps teratas dengan muat turun global semenjak 2010:

  1. Facebook
  2. Facebook Messenger
  3. YouTube
  4. Instagram
  5. Skype
  6. WhatsApp Messenger
  7. Find My iPhone
  8. Google Maps
  9. Twitter
  10. iTunes

Kita membayangkan bahawa aplikasi dalam senarai 10 teratas ini kelihatan amat biasa. Aplikasi seperti Facebook dan WhatsApp adalah sangat penting untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan dan ahli keluarga! Oleh sebab itu, EZTakaful telah menemui beberapa apps luar biasa yang mungkin anda belum ketahui…tetapi perlu dimiliki!

Untuk mereka yang berada dalam kem Android, berikut merupakan apps terbaik yang anda boleh muat turun:

Hexlock

Anda boleh mengunci telefon pintar Android anda dengan PIN atau corak, tetapi anda tidak boleh mengunci apps yang spesifik. Di sinilah gunanya Hexlock. Ia membolehkan anda untuk meletakkan PIN atau kata laluan dan menggunakannya ke atas apps yang anda pilih, oleh itu sekiranya orang lain meminjam telefon anda, anda boleh mengawal apa yang boleh dilihat atau diakses oleh mereka. Sumber: www.techradar.com

IF

IF sebelum ini dikenali sebagai IFTTT, singkatan untuk “if this then that” (Jika, Maka), secara ringkas dan tepat merumuskan apa yang boleh dilakukan oleh aplikasi ini. Ia adalah etos mudah yang memberi banyak pilihan kepada anda untuk membuat peranti Android anda melakukan perkara yang menarik.

Anda boleh mereka penyataan yang ringkas seperti “Jika gambar ini diambil, maka hantarkan ke Dropbox” atau ‘Jika lokasi saya adalah di rumah, maka hantar mesej “Saya di rumah!” kepada pasangan saya, juga boleh dikongsi dengan pengguna-pengguna IF lain. Anda akan merasa kagum melihat berapa banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan premis yang ringkas ini. Sumber: www.techradar.com

Snapseed

Aplikasi percuma Google untuk mengedit gambar, Snapseed merupakan alat terbaik yang boleh anda dapatkan untuk peranti Android anda, di mana anda boleh mengedit gambar di samping membuatkannya kelihatan lebih baik. Anda boleh mengubah gambar anda secara manual atau biarkan saja Snapseed melakukan kerja kerasnya dengan tetapan seperti Auto Correct serta filter dan efek tersedia. Sumber: www.techradar.com

Untuk peminat tegar iOS, berikut merupakan apps terbaik yang anda harus ketahui:

LastPass

Dengan pelancaran iOS 8, LastPass disepadukan dengan TouchID, pengimbas cap jari pada iPhone 5S, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus, dan sokongan baru untuk sambungan dalam Safari mudah alih. Ini bermakna, cap jari anda membolehkan anda membuka kunci telefon anda dan log masuk ke laman web secara automatic. Ia adalah bijak dan selamat kerana anda tidak perlu mencuba mengingati kesemua kata laluan anda. LastPass boleh melakukannya, bermaksud anda mempunyai boleh kata laluan yang unik untuk kesemua login anda.

Mint

Mint merupakan kedai sehenti terbaik yang mengawasi kewangan anda. Ia memberi pandangan ke atas kesemua akaun kewangan anda, dari akaun semasa dan simpanan kepada kad kredit. Anda boleh melihat transaksi belum selesai, baki akaun, jumlah nilai bersih anda, dan juga baki dalam bajet peribadi bulanan anda.

Hyperlapse

Hyperlapse merakam video time lapse yang berkualiti, di mana sebelum ini mustahil dilakukan tanpa tripod dan peralatan yang mahal. Apabila anda merakan video time lapse menggunakan Hyperlapse, rakaman anda secara serta merta menjadi stabil untuk meratakan sebarang bonjolan di permukaan jalan raya dan memberikan perasaan sinematik. Rakam keseluruhan saat matahari terbit dalam tempoh 10 saat – walaupun dari belakang motosikal yang bergerak. Berjalan di antara orang ramai di pesta muzik sepanjang hari, kemudian singkatkanya durasi rakaman kepada 30 saat. Rakam larian di atas laluan berbonggol anda dan kongsi larian 5k anda dalam tempoh 5 saat.

Namun begitu, aplikasi nombor satu yang harus dimiliki untuk Android dan iOS adalah… aplikasi EZTakaful kami – memudahkan pengurusan perlindungan mampu milik untuk anda dan keluarga.

App_Promo_Image4-1024x818

Muat turun aplikasi percuma ini sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai EZTakaful dan lindungi mereka yang tersayang.

Di bahagian ketiga siri Teknologi kami pada minggu hadapan, kami akan membincangkan bagaimana telefon pintar dan teknologi telah mengubah kehidupan kita.

Selamat Membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.