fbpx

Apa itu Zakat?

5 Rukun Islam

Terdapat 5 amalan asas di dalam Islam, yang dianggap wajib oleh orang yang beriman dan merupakan asas hidup umat Islam. Ia membentuk hidup umat Islam, sembahyang, keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, penyucian diri dan menunaikan haji.

  1. Syahadah: menerima bahawasanya tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah.
  2. Solat: ritual sembahyang lima waktu sehari.
  3. Zakat: memberi 2.5% dari jumlah simpanan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan.
  4. Sawm: berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.
  5. Haji: menunaikan haji di Mekah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sekiranya mampu.

Ramadam-Blog-Post_2_BM-1024x536

Zakat – amalan bersedekah berdasarkan kekayaan terkumpul

Zakat, secara dasarnya bermaksud “sesuatu yang menyucikan”, dianggap sebagai salah satu cara untuk membersihkan pendapatan dan kekayaan seseorang yang kadang-kadang diperolehi melalui cara yang kurang elok dan bersifat duniawi. Salah satu prinsip penting di dalam Islam adalah kesemua harta di dunia ini adalah milik Allah, dan kekayaan yang dimiliki oleh manusia adalah amanah yang diberikan oleh-Nya. Oleh itu, pemilikan harta kita disucikan dengan mengenepikan sebahagian untuk mereka yang memerlukan. Ia berdasarkan pendapatan dan nilai pemilikan harta seseorang.

Kebiasaannya ia dikira 2.5% dari jumlah pendapatan, simpanan dan kekayaan yang melebihi jumlah minimum seseorang umat Islam, dikenali sebagai nisab. Zakat bukanlah sumbangan amal dan ia dianggap lebih sebagai cukai. Jumlah yang terkumpul dibayar dahulu kepada pengumpul zakat, kemudiannya kepada umat Islam yang miskin, mualaf atau saudara baru Islam, kepada ulama Islam, kepada mereka yang berjuang demi Islam dan lain-lain sebab kebajikan.

Lima Prinsip Zakat

  1. Pemberi harus mengisytiharkan kepada Tuhan niat mereka dalam memberi zakat.
  2. Zakat harus dibayar pada tarikh yang sewajarnya.
  3. Selepas pemberian, pembayar tidak boleh berlebihan dalam perbelanjaan melebihi kebiasaan.
  4. Pembayaran haruslah berjenis. Ini bermaksud sekiranya seseorang itu kaya maka dia harus membayar bahagian pendapatan mereka. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai wang yang banyak, maka mereka harus membayarnya melalui cara yang lain, seperti amalan yang baik dan berbuat baik terhadap orang lain.
  5. Zakat harus diagihkan kepada masyarakat sebagaimana ia diambil dari mereka.

 

Zakat dan bulan Ramadan

Zakat amat penting dalam Islam,  lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Ramai memilih bulan Ramadan untuk membayar zakat mereka. Di dalam Islam, kesemua amalan baik diberi pahala yang lebih besar di bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Oleh sebab itu, ramai yang memilih waktu ini untuk membayar bahagian yang lebih besar, jika tidak semua, zakat yang wajib dibayar.

Daripada kami semua di EZTakaful, Selamat Berpuasa!

Sila tunggu rencana Ramadan kami yang seterusnya pada beberapa hari akan datang. Selamat membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.