fbpx

Apa itu bulan Ramadan dan kepentingan Berpuasa?

Pada hari Rabu, 17hb Jun, kira-kira 1.5 billion umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk menyambut upacara yang meriah ini. Sambutan ini merupakan permulaan kepada bulan suci Islam, iaitu bulan Ramadan.

Untuk 30 hari seterusnya, penganut agama Islam akan berpuasa dari waktu terbitnya fajar sehinggalah waktu matahari terbenam, menahan diri dari makan, minum, merokok dan melakukan tingkah laku negatif seperti mengutuk atau mengumpat. Tetapi mengapa Muslim berbuat demikian dan apa kepentingan berpuasa?

Ramadam-Blog-Post_5_BM-1024x536

Apa itu bulan Ramadan?

Bulan Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam atau kalendar Hijiriah, berdasarkan kitaran lunar. Umat Islam di seluruh dunia percaya bulan Ramadan merupakan bulan yang paling suci berbanding bulan lain dalam tahun tersebut kerana ini adalah detik di mana Qur’an diperturunkan kepada Nabi Muhammad.

Bilakah bulan Ramadan?

Tarikh bulan Ramadan yang tepat berbeza dari tahun ke tahun kerana ia dikira seiring dengan kitaran lunar. Bergantung kepada penampakan anak bulan, atau hilal, hari puasa pertama pada tahun ini bermula pada waktu subuh hari Khamis, 18hb Jun. Ini akan berterusan sehingga hari Jumaat, 17hb Julai.

Ramadam-Blog-Post_4_BM

 

Mengapa umat Islam berpuasa di bulan Ramadan?

Umat Islam berpuasa di bulan Ramadan sebagai memperingati hari pertama Qur’an diperturunkan kepada Nabi Muhammad. Berpuasa di bulan Ramadan atau dalam Bahasa Arab, sawn, merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam, selain daripada mengucap dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang lima waktu sehari, membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan menunaikan zakat dan mengerjakan Haji di Mekah, Arab Saudi.

Puasa bertujuan mendekatkan penganut –penganut kepada Allah dan mengingatkan mereka tentang penderitaan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik. Berpuasa merupakan latihan kawal diri dan dilihat sebagai satu cara untuk menyahtoksik dan mengecaj semula rohani, dengan mengawal nafsu seperti meminum kopi di waktu pagi, merokok atau memakan snek. Bulan Ramadan merupakan waktu untuk menjauhkan diri dari godaan bersifat materialistik atau luaran, dan lebih tertumpu kepada memperbanyakkan  ibadah solat.

Persiapan dan berbuka puasa

Ramadam-Blog-Post_6-1024x536

Untuk persiapan berpuasa, umat Islam memakan pemakanan yang berkalori tinggi sebelum waktu subuh dikenali sebagai sahur untuk memberi mereka tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Di Malaysia, puasa lazimnya dibatalkan selepas matahari terbenam  dengan makanan yang lazat sama ada yang disediakan di rumah atau dibeli dari pelbagai bazar Ramadan yang banyak terdapat di sekitar bandar. Banyak restoran dan hotel juga menawarkan pakej buffet berbuka puasa.

Di akhir tempoh berpuasa di bulan Ramadan, rakyat Malaysia menraikan 2 hari cuti Hari Raya Puasa penuh dengan menunaikan sembahyang, balik kampung untuk menziarahi keluarga dan handai taulan, dan rumah terbuka  untuk menjemput rakan-rakan mencuba makanan dan kuih-muih yang lazat.

Daripada kami semua di EZTakaful, Selamat Berpuasa!

Ini merupakan sebahagian daripada rencana 6 siri yang ditulis khas bersempena bulan Ramadan dan lebih banyak rencana-rencana untuk diikuti pada minggu-minggu akan datang. Sila kembali melawati laman kami untuk mengetahui tentang topik-topik menarik yang lain seperti 5 bazaar Ramadan terbaik di Kuala Lumpur dan tips untuk menangani haba dan dahaga pada bulan Puasa.

Selamat membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.