fbpx

Aktiviti Ceria untuk Kanak-Kanak sewaktu Cuti Sekolah

2015 hampir tamat dan cuti sekolah telah pun tiba. Ini merupakan masa yang bahagia dan penuh keajaiban untuk pengguna jalan raya di seluruh Negara kerana jalan raya dan kesesakan trafik akan berkurangan. Bagaimanapun, untuk ibu bapa di seluruh Malaysia, ia mungkin menjadi satu igauan ngeri untuk memikirkan aktiviti-aktiviti baru yang boleh dilakukan untuk menghiburkan anak-anak mereka.

‘Mak… saya bosan! Jom lah main dengan saya Ayah!’

Untuk mengelakkan mogok daripada anak-anak, adalah penting untuk anda merancang aktiviti yang menyeronokkan yang boleh mereka sertai, mempelajari sesuatu dan mungkin membakar tenaga mereka supaya anda boleh mendapat sedikit kedamaian dan ketenangan!

Anda bernasib baik kerana Malaysia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan keluarga dan EZTakaful telah menyusun sebahagian daripadanya untuk memastikan anda keluar dan menerokainya bersama keluarga.

Sertai Fun2Sea Voyage dengan Aquaria KLCC

Bermula 7hb Disember sehingga 31hb Disember 2015, Aquaria KLCC mempersembahkan Fun2Sea Voyage di musim perayaan ini dengan beberapa siri baru menarik keseronokan Krismas dalam air.  Perhatikan jadual untuk Sotong Gergasi Pasifik yang boleh membuka hadiah, ikan duyung sebenar yang ajaib, dan sudah tentu, Santa Skuba. Terdapat juga bengkel yang menarik termasuk aktiviti-aktiviti pendidikan harian. Jangan lupa menuju ke MoonLab di Stesen Aquarius di mana, melalui Holodeck yang baru dilancarkan, anda dan anak-anak boleh melalui pengembaraan realiti yang diperkukuhkan (Setiap hari, 2-3 petang).

Blog-Facebook-Images-aquarium-768x402

 

Untuk waktu memberi makan dan lain-lain maklumat pengunjung, sila layari laman web rasmi:http://aquariaklcc.com/visitors-info/feeding-times

Sentuhan Perancis secara percuma

Ingin meluaskan pengalaman linguistik kanak-kanak anda dengan meneroka bahasa baru dengan kelas percubaan percuma? Alliance Française adalah jawapan yang tepat. Berpusat di Bangsar dan Lorong Gurney, Alliance Française merupakan persatuan unik bertujuan untuk menggalakkan kedua-dua bahasa dan budaya Perancis di seluruh dunia. Alliance Française de Kuala Lumpur menganjurkan acara kebudayaan di-rumah atau di luar rumah setiap bulan: panggung wayang, muzik, persembahan, pameran, majlis makan malam dan persidangan dan juga sambutan perayaan tradisional Perancis.

Tambahan pula, mereka menawarkan kelas percubaan tatabahasa dan lisan percuma, dan Perpustakaan Media mereka menawarkan lebih 7,000 barang-barang untuk anda menerokai kesusasteraan klasik dan kontemporari Perancis, meminjam filem atau hanya untuk belajar di dalam persekitaran yang tenang.  Akses adalah percuma dan terbuka untuk semua, dan keahlian melayakkan anda untuk meminjam barang-barang seperti buku, video, dan CD.

Laman web rasmi: http://www.alliancefrancaise.org.my/index.php/en/

Ceriakan kanak-kanak dengan warna-warni seni dan lukisan.

Bertempat di Publika Solaris Dutamas, The Studio @ KL menyediakan ruang untuk anak anda melukis di dalam studio seni pelan terbuka professional direka khas untuk pelukis-pelukis muda. Kanak-kanak boleh melukis di atas kanvas dan kuda-kuda, mereka karya seni mereka sendiri di bawah jagaan professional.

Blog-Facebook-Images_painting-768x402

 

Terdapat dakwaan yang menyatakan terdapat banyak manfaat sekiranya anda mendedahkan anak anda kepada keseronokan melukis. Penyelidik mendapati bahawa anak-anak muda yang terlibat dalam seni dan lukisan secara amnya adalah lebih seimbang, yakin dan kreatif. Cat, pisau lukisan, berus, span, kuda-kuda, palet, kanvas dan apron disediakan dan anda juga boleh mendaftar untuk kelas percubaan percuma untuk kanak-kanak anda.

Laman web rasmi: http://www.thestudioatkl.com/

Bantu anak-anak anda menemui kerjaya masa depan mereka

Berpusat di Petaling Jaya, Kidzania merupakan pusat pendidikan dan hiburan direka khusus untuk mempersiapkan kanak-kanak untuk tempat kerja. Menyerupai kota kecil, dengan replika bangunan pejabat dan kereta bersaiz kanak-kanak, kanak-kanak dapat mengambil giliran ‘bekerja’ di lebih 90 jenis pekerjaan, termasuk berpura-pura menjadi seorang pakar bedah, juruterbang, ejen rahsia, peguam, pembaca berita dan pejuang api. Kanak-kanak di pejabat simulasi New Straits Times Press diberi tugas untuk mengelilingi ‘bandar’ untuk mencari bahan berita untuk ditulis dan dinerbitkan atau mengedarkan salinan surat khabar di sekitar bandar atau mengumpul mereka untuk dikitar semula.

Yang terbaik sekali adalah anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan anak anda kerana Zupervisors tersedia adalah sangat profesional dan mengendalikan kanak-kanak dengan sangat baik. Tambahan pula, untuk membantu anda menjejaki anak anda di pusat pembelajaran sehenti  yang sibuk dan popular ini, mereka perlu memakai gelang pengesanan elektronik yang menghalang mereka daripada meninggalkan Kidzania tanpa ibu bapa mereka.

Laman web rasmi: http://www.kidzania.com.my/

Di mana saja anda dan anak-anak anda merancang untuk pergi, pastikan anda dilindungi secukupnya. Untuk Perlindungan Kesihatan dan Kemalangan di hujung jari anda, muat turun aplikasi EZTakafulsekarang dan lindungi mereka yang tersayang!

App_Promo_Image4-1024x818

 

Di minggu hadapan blog EZTakaful akan membincangkan mengenai pulau-pulau…tahukan anda bahawa terdapat 878 pulau-pulau di Malaysia? Kami and meninjau 10 pulau terbaik di Malaysia untuk dilawati sewaktu percutian hujung tahun anda.

Selamat Membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.