fbpx

8 Adat Resam & Pantang Larang Ketika Sambutan Tahun Baru Cina

1. Memberi Angpau Dalam Jumlah Genap

Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Elakkan memberi angpau dalam jumlah yang ganjil.

2. Elakkan Memakai Pakaian Hitam Atau Putih

Kerana yang merupakan warna berkabung. Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

3. Dilarang Makan Bubur

Sepanjang tempoh perayaan, masyarakat Cina perlu mengelak bersarapan dengan bubur. Mereka dilarang bersarapan bubur kerana boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin.

Jadi anda janganlah bawa bubur ayam McDonalds sebagai buah tangan, sebaik-baiknya beri buah-buahan atau hamper.

4. Adab Menggunakan Penyepit

Jika anda dijemput makan semeja, jangan sesekali mencucuk penyepit pada mangkuk nasi keadaan menegak!

Ini kerana ia kelihatan seperti membakar setanggi untuk memperingati orang yang sudah tiada.

5. Jangan Menyapu

Keluarga kaum cina kebiasaannya akan akan membersihkan rumah sebelum perayaan sebelum masuk tahun baru dengan  membuang segala barang lama bukan sahaja secara fizikal tetapi dari segi fikiran  dan pengalaman lama yang tidak baik, menyakitkan hati atau tidak membawa tuah.

Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.

Kalau anda terjatuhkan makanan seperti kuih, jangan pandai-pandai nak menyapu kerana korang akan menyapu semua nasib baik dan kekayaan tuan rumah.

6. Jangan Pinjam Duit

Jangan pinjam duit tetapi boleh bayar duit yang anda pinjam!

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak terbeban dengan hutang sepanjang tahun.

Jangan pula sesak nak tunggu gaji, anda pergi minta pinjam duit dengan kawan anda yang berbangsa Cina. Cari nahas namanya tu.

7. Tidur Lambat

Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru.

Adat ini juga dipercayai memanjangkan usia orang tua mereka.

8. Jangan Pecahkan Barang

Jangan pecahkan barang seperti pinggan, pasu, cawan atau mangkuk! Perbuatan ini menyebabkan tuan rumah kehilangan kekayaan.

Namun, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat pada hari perayaan tersebut kerana ia dipercayai pada membawa malang.

Contohnya jika ada budak-budak terlanggar barang dan menyebabkan ia pecah tanpa sengaja, kaum cina kebiasaannya akan mengatakan yang vaik-baik sahaja iaitu pecah itu mungkin petanda tuah (pemanis mulut)

Dah faham kan? Setiap kaum mempunyai kepercayaan masing-masing dan adalah perlu bagi kita untuk menghormati amalan dan kepercayaan kaum lain sebagaimana kita mahu mereka menghormati adat resam dan kepercayaan kita untuk mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk.

Tapi jangan lupa layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat pelan perlindungan diri terbaik untuk anda dan keluarga sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Layari sekarang ntuk keterangan lebih lanjut atau permohonan secara atas talian!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.