fbpx

6 Tips Keselamatan Diri

Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita mengenai kes-kes jenayah yang dilaporkan sama ada di media sosial anda media massa dan ini bukanlah perkara baru. Justeru itu, EZTakaful terpanggil untuk berkongsi tips-tips keselamatan dengan pembaca semua agar anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan anda terjamin seperti berikut.

1. Sewaktu Di Rumah

• Jangan sewenang-wenangnya membuka pintu kepada orang asing. Sekiranya mereka mendakwa mereka dari pihak berkuasa seperti polis/pengawal kondominium, pencuci, sila minta bukti pengenalan diri dan hubungi pihak ibu pejabat untuk pengesahan.
• Sekiranya anda memasuki parkir rumah, pastikan tiada sesiapa mengikuti kereta anda dari belakang. Sebaik-baiknya pasang pagar automatik untuk memudahkan anda membuka dan menutup pagar tanpa perlu keluar dari kereta.

2. Sewaktu Berjalan/Berjogging

• Pastikan anda berjalan di kawasan yang terang, elakkan jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.
• Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari kunci atau barang di dalam beg kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.
• Elakkan memakai beg tangan bertali panjang atau beg sandang bahu, sebaiknya beg harus sentiasa diletakkan di hadapan badan
• Jalan melawan arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.

3. Semasa Memandu

• Letakkan beg tangan atau beg bimbit di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta telah dikunci.
• Sekiranya anda rasa sedang diekori, pandu terus ke balai polis berdekatan.

4. Semasa Menaiki Kenderaan Awam

• Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.
• Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduk berhampiran dengan pintu agar anda senang turun sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

5. Semasa Dalam Bangunan Atau Tempat Letak Kereta

• Cuba elakkan meletak kereta di tempat yang gelap, sebaik-baiknya meletak kereta di tempat yang paling hampir dengan pintu atau lif.
• Sekiranya anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.
• Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.
• Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.

6. Sekiranya Diserang

• Menjeritlah sekuat-kuat hati untuk menarik perhatian orang segera kepada anda.
• Peralatan kecemasan peribadi seperti penyembur lada atau penggera kecemasan mudah alih yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.
• Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.
• Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.

Pemilihan pelan perlindungan kemalangan juga merupakan salah satu langkah yang bijak untuk memastikan anda bersedia dari segi kewangan sekiranya berlaku musibah kemalangan ke atas diri anda atau keluarga. Di EZTakaful, anda akan dapat melihat pelbagai jenis pelan perlindungan komprehensif mampu milik yang menyediakan pembayaran tunai sekaligus sehingga RM1,000,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dengan sumbangan bulanan serendah RM10 sahaja! Bukan itu sahaja, ia juga 100% patuh syariah jadi anda tidak perlu ragu-ragu apabila membeli perlindungan kemalangan diri dari kami.

Layari laman EZTakaful untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.