5 Pusat Beli Belah & Dekorasi Perayaan Krismas Terbaik

Cuti persekolahan dah pun bermula, bukan sahaja jalanraya malahan tempat percutian juga penuh sesak kerana ramai yang mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke mana-mana, apa kata anda bawa keluarga untuk mengunjungi pusat membeli-belah terkemuka ibu kota untuk melihat keindahan dekorasi perayaan Krismas di samping menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan?

1. Mid Valley Megamall

Choo! Choo! Menggambarkan keindahan suasana Inggeris dengan tarikan dekorasi keretapi dan suasana perayaan Krismas di stesen keretapi desa. Jangan lepaskan peluang bergambar dengan patung beruang gergasi yang comel!

2. The Gardens

Dengan tema “White Christmas” anda akan berasa seolah-olah anda berada di dalam dunia keajaiban. Dekorasi yang serba putih malah anda berpeluang untuk memenangi hadiah dengan hanya mengambil gambar selfie bersama prop dekorasi Krismas yang disediakan!

3. Suria KLCC

KLCC sangat terkenal dengan symbol ikoniknya setiap kali perayaan Krismas menjelma iaitu pokok Krismas gergasi ikoniknya setinggi 32 meter!

4. The Pavillion KL

Dengan tema “Christmas Is In The Air” anda akan melihat banyak dekorasi belon udara panas di antara deretan dekorasi Pokok Krismas. Kelihatan sangat cantik dan meriah!

5. 1 Utama Shopping Center

Bertemakan “Joyous Christmas”, anda akan merasakan anda berada dalam musim sejuk yang sebenar kerana dekorasi salji dan banyak orang salji yang dibina di ruang tengah pusat membeli-belah ini.

Seperti biasa, jangan lupa layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda,amat sempurna untuk keperluan perlindungan anda dan keluarga terutama sekali sewaktu anda bercuti!

Jumpa lagi minggu depan! Salam ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.